Page 25 - Modul A+ Perniagaan Tg 4_Pan Asia Publications
P. 25
(b) Jelaskan tiga kesan sekiranya perniagaan gagal mencapai matlamat dan objektif yang telah ditetapkan.
Jualan merosot. Gagal mencapai sasaran jualan menjejaskan objektif dan matlamat perniagaan.
Tidak mampu membayar kos perniagaan. Gagal mendapat keuntungan akan menyebabkan sebahagian
kos operasi tidak mampu dibayar oleh perniagaan.
Gagal dalam persaingan. Perniagaan tidak mampu untuk bersaing dan tidak mempunyai kedudukan
yang kukuh dalam persaingan pasaran.
Imej perniagaan terjejas. Imej perniagaan pada pihak yang berkepentingan akan terjejas dan sukar
untuk mendapat kerjasama daripada pihak tertentu.
Tidak mampu mengembangkan perniagaan. Perniagaan akan sukar untuk mengembangkan perniagaan
©PAN ASIA PUBLICATIONS
kerana gagal mendapat keuntungan.
(6 markah)
(c) Huraikan dua faktor luaran yang mempengaruhi pengurusan dalam membuat perubahan visi, misi dan
objektif.
Ekonomi. Keadaan kitaran ekonomi yang melibatkan fasa pertumbuhan, kemerosotan, kemelesetan dan
melambung. Keadaan ekonomi yang sentiasa berubah akan menyebabkan berlakunya perubahan pada
visi, misi dan objektif perniagaan.
Sosiobudaya. Merujuk kepada amalan dan cara hidup yang diamalkan oleh sesuatu kaum di sesebuah
negara. Menghormati setiap kaum adalah asas kepada perpaduan di Malaysia.
Teknologi. Persekitaran ekonomi sentiasa berubah mengikut keadaan semasa. Teknologi terkini
membolehkan perniagaan lebih cekap.
Undang-undang. Perniagaan perlu mematuhi undang-undang di setiap negara. Penetapan visi, misi dan
objektif perlu berasaskan undang-undang di setiap negara yang berbeza.
(6 markah)
9. (a) Puan Siti Zaleha merupakan seorang graduan Universiti Sains Malaysia. Beliau bercadang membuka
perniagaan seperti dalam rajah berikut.
PUSAT TUISYEN ZALEHA
Cadangkan tiga bahagian fungsian yang paling sesuai diwujudkan oleh Puan Siti Zaleha bagi memastikan
beliau menjayakan matlamatnya.
Pemasaran. Menjalankan penyelidikan pasaran bagi mengenal pasti pelajar yang berpotensi untuk
menyertai pusat tuisyen. Menjalankan promosi seperti mengedarkan risalah dan mengiklankan pusat
tuisyen.
Pentadbiran. Menguruskan pendaftaran pelajar serta menyimpan dan mengemas kini rekod pelajar.
Menentukan pakej yang ditawarkan. Melantik guru tuisyen yang berpengalaman mengajar mata
pelajaran yang ditawarkan.
Kewangan. Menerima, menyimpan dan merekodkan pembayaran yuran oleh pelajar. Membayar bil-
bil semasa pusat tuisyen. Menentukan kadar bayaran elaun bagi setiap guru. Membuat pembayaran
upah/ gaji/ elaun.
(6 markah)
116
KM1_Modul PA21 Prniagaan Tg4.indd 116 10/24/18 9:18 AM

