Page 26 - Modul A+ Perniagaan Tg 4_Pan Asia Publications
P. 26

(b)  Jelaskan tiga tujuan bahagian fungsian dalam organisasi perniagaan yang dicadangkan.
                      Penumpuan pada bidang tugas yang diberi sahaja.
                      Dapat meningkatkan kemahiran kerana melakukan kerja yang sama dalam satu jabatan.
                      Mudah melatih pekerja baharu kerana dalam bidang pengkhususan yang sama.
                      Mengurangkan kos dan masalah pengurusan kerana wujud sistem perkongsian sumber.
                                                                                                           (3 markah)


                   (c)  Pada pendapat Puan Siti Zaleha, tiada bahagian fungsian boleh bekerja secara berasingan tapi setiap
                      fungsian saling bergantung antara satu sama lain.
                      Jelaskan tiga kepentingan interaksi perniagaan Puan Siti Zaleha dengan organisasi luar.
                      Mewujudkan jaringan perniagaan. Dapat membantu mengukuhkan sistem operasi. Mengekalkan
                      ©PAN ASIA PUBLICATIONS
                      kelangsungan perniagaan dalam pasaran.

                      Mengukuhkan hubungan baik. Mengukuhkan hubungan baik dengan pelanggan akan membantu
                      peningkatan dalam pencapaian matlamat perniagaan.
                      Menambahkan sumber perniagaan. Membolehkan perniagaan menambah potensi sumber peniagaan
                      seperti bahan mentah, pembiayaan dan kepakaran.
                      Menjalinkan kerjasama strategik. Meningkatkan jalinan kerjasama antara perniagaan dengan perniagaan

                      lain yang berpotensi untuk kerjasama strategik.
                                                                                                           (6 markah)



                                                             Bahagian C
                                                            (20 markah)
                                                        Jawab semua soalan.

                10.  Baca maklumat di bawah dan jawab soalan yang berikut.


                     Karim merupakan seorang pengusaha ladang strawberi di kawasan tanah rendah, iaitu di Semeling,
                     Kedah. Karim menjual hasil ladang kepada pemborong di pasar dan juga pasar raya yang berhampiran.
                     Dia sedar bahawa perniagaannya akan bertambah baik sekiranya corak pentadbiran diubahsuai. Cara
                     ini akan membolehkannya mendapat harga yang lebih tinggi. Dia hendak memperkenalkan konsep
                     membeli di ladang kepada pelanggan sasarannya dan juga memperkenalkan kegiatan pelancongan
                     berasaskan pertanian di sekitar kawasan ladangnya.
                         Dalam perancangannya, Karim hendak mengubah suai kawasan ladangnya untuk dijadikan sebuah
                     kawasan pelancongan dengan membina sebuah kilang kecil untuk memproses hasil strawberi dari
                     ladangnya. Strawberi tersebut akan diproses, dibungkus dan dijual dalam bentuk makanan ringan, jeruk
                     atau jem. Selain itu, pengunjung juga berpeluang untuk memetik strawberi dan menikmati strawberi
                     segar terus dari ladang. Usaha ini meningkatkan bilangan pengunjung ke ladang dan kilang stawberinya.
                     Dengan ini, Karim bukan sahaja akan mendapat pelanggan akhir, malah akan dapat mempromosikan
                     produk kilangnya.
                         Untuk memenuhi keperluan pelawat, Karim perlu menyediakan sebuah kafe yang menjual
                     minuman dan makanan ringan. Usaha ini merupakan satu lagi peluang untuk mencari keuntungan
                     dalam perusahaannya. Namun begitu, Karim sedar bahawa rancangan ini akan memerlukan modal
                     tambahan yang agak banyak. Isterinya pula tidak bersetuju dengan rancangannya.
                     “Rancangan kamu ini pastinya memerlukan modal yang sangat banyak malah perlu ada strategi
                     pemasaran yang menarik. Tanpa promosi, pasti rancangan itu gagal” isterinya terus berleter.


                   (a)  Banyak perubahan yang Karim perlu lakukan bagi mengubah perniagaannya.
                      (i)  Nyatakan dua bahagian fungsian yang ingin diubahnya.
                          Bahagian fungsian pentadbiran
                          Bahagian fungsian pengagihan
                                                                                                           (2 markah)



                                                                                                                     117




       KM1_Modul PA21 Prniagaan Tg4.indd   117                                                                   10/24/18   9:18 AM
   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30