Page 24 - Modul A+ Perniagaan Tg 4_Pan Asia Publications
P. 24
Bahagian B
(30 markah)
Bahagian ini mengandungi 3 soalan. Pilih 2 soalan sahaja.
7. (a) Nyatakan tiga jenis trend persekitaran perniagaan.
Trend meningkat
Trend menurun
Trend mendatar
(3 markah)
(b) Jelaskan tiga faktor yang boleh mempengaruhi trend persekitaran.
Faktor dalaman, iaitu gaya pengurusan. Gaya pengurusan yang cekap dan sistematik akan
©PAN ASIA PUBLICATIONS
menyebabkan peningkatan aktiviti dan operasi perniagaan. Gaya pengurusan yang tidak sesuai akan
menyebabkan perniagaan semakin merosot.
Faktor dalaman, iaitu pekerja. Pekerja yang berkebolehan akan meningkatkan daya pengeluaran.
Pekerja yang kurang produktif menyebabkan aktiviti pengeluaran terjejas.
Faktor luaran, iaitu ekonomi. Keadaan ekonomi stabil dan positif memberi peluang kepada perniagaan.
Keadaan ekonomi yang lembap atau perlahan memberi kesan negatif kepada perniagaan.
Faktor luaran, iaitu politik. Politik yang stabil akan mendorong peningkatan dalam perniagaan.
Keadaan politik yang tidak stabil memberi kesan yang negatif kepada perniagaan.
(6 markah)
(c) Huraikan dua peranan kerajaan persekutuan dalam aspek perkembangan aktiviti perniagaan.
Aktiviti promosi. Berusaha untuk memacu pertumbuhan ekonomi ke arah yang lebih stabil dan kukuh.
MATRADE menjalankan peranan sebagai sebuah agensi kerajaan yang mempromosikan aktiviti berkaitan
dengan perdagangan di luar negara.
Aktiviti latihan dan pembangunan. Bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peniaga
terutama dalam kalangan Bumiputera agar terus berdaya saing dalam pasaran. Agensi terlibat, iaitu
MPC berperanan menyediakan input dalam bidang produktiviti dan kualiti, iaitu kursus keusahawanan,
pengurusan dan kawalan kualiti.
Aktiviti penyelidikan dan pembangunan. Aktiviti penyelidikan dan pembangunan oleh kerajaan dapat
menjana kreativiti dan inovasi untuk menempah kejayaan dalam dunia perniagaan. Agensi yang terlibat,
iaitu MARDI menjalankan penyelidikan dalam bidang pertanian dan memperkenalkan teknologi baharu
kepada industri untuk tujuan peningkatan produktiviti dan kualiti produk.
(6 markah)
8. Baca maklumat di bawah dan jawab soalan yang berikut.
Keadaan persekitaran perniagaan akan sentiasa berubah dan hal ini akan memberi impak kepada
pencapaian matlamat dan objektif perniagaan. Oleh yang demikian, semua matlamat dan objektif
yang telah ditetapkan oleh organisasi berkemungkinan tidak akan tercapai. Pelbagai faktor yang boleh
mempengaruhi sama ada menjadi halangan atau ancaman kepada perniagaan.
(a) Berikan tiga langkah penyelesaian yang boleh digunakan apabila gagal mencapai matlamat.
Mengurangkan kos.
Menurunkan harga produk.
Mempelbagaikan barang atau perkhidmatan.
Mengurangkan kadar pembayaran dividen kepada pemegang syer.
Menyemak semula matlamat perniagaan.
(3 markah)
115
KM1_Modul PA21 Prniagaan Tg4.indd 115 10/24/18 9:18 AM

