Page 23 - Modul A+ Perniagaan Tg 4_Pan Asia Publications
P. 23
(ii) Nyatakan tiga kelebihan perniagaan saiz tersebut.
Kos overhed yang rendah. Kos ini tidak memerlukan kos operasi dan kos pengurusan yang tinggi.
Cepat menyelesaikan masalah dan rungutan pelanggan. Pemilik dapat mengambil tindakan segera
atas masalah yang timbul.
Fleksibel. Mudah untuk mengubah strategi apabila diperlukan dan mengubah keputusan yang
dibuat oleh pemilik.
Kos upah rendah. Pekerja dalam perniagaan ini tidak berdaftar dengan kesatuan sekerja dan hal ini
membolehkan mereka dibayar dengan gaji minimum.
(3 markah)
(b) Rajah di bawah berkaitan dengan skala perniagaan.
©PAN ASIA PUBLICATIONS
Skala Perniagaan
P Antarabangsa
Q Negeri R S T
Nyatakan P, Q, R, S dan T.
P : Domestik
Q : Tempatan
R : Kebangsaan
S : Zon
T : Global
(5 markah)
2. (a) Petikan berikut merupakan berita yang disiarkan dalam akhbar.
KUALA LUMPUR: Pihak kerajaan menggalakkan pengusaha Bumiputera melibatkan diri dalam
bidang perniagaan. Kerajaan telah menawarkan bantuan dalam pelbagai bentuk kepada mereka
yang ingin menceburi perniagaan. Calon yang berminat dikehendaki mendaftarkan diri dengan
mengisi borang di pejabat MARDI yang terdekat.
Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada Berita Harian, 23 Oktober 2017
(i) Jelaskan tujuan kerajaan menggalakkan masyarakat menceburi bidang perniagaan.
Meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara. Aktiviti perniagaan yang diceburi oleh masyarakat
akan meningkatkan permintaan dan penawaran barang dalam pasaran.
Mengurangkan kadar pengangguran. Penglibatan masyarakat dalam bidang perniagaan akan dapat
mewujudkan peluang pekerjaan dalam kalangan ahli masyarakat.
Meningkatkan kuasa beli pengguna. Masyarakat yang mempunyai pekerjaan akan mempunyai
kuasa beli yang tinggi dan meningkatkan permintaan dan penawaran barang dalam pasaran.
(3 markah)
(ii) Setelah membaca berita itu, Puan Hameeda tidak sabar-sabar lagi untuk pergi ke pejabat dan
mengisi borang. Namakan tiga jenis bidang perniagaan yang perlu diceburi Puan Hameeda untuk
membolehkannya layak dipertimbangkan untuk projek di atas.
Bidang pemprosesan makanan
Bidang penjualan produk pertanian
Bidang perusahaan produk baharu keluaran pertanian
Bidang pertanian
(3 markah)
111
KM1_Modul PA21 Prniagaan Tg4.indd 111 10/24/18 9:18 AM

