Page 16 - NOTA MEKANIK DARI BUKU TEK
P. 16

Pengajian Kejuruteraan Mekanikal     TINGKATAN4



            HukumNewton Kedua

           Hukum Newton Kedua menyatakan bahawa sesuatu objek dikenakan sesuatu daya, ia akan terus
           bergerak dalam arah yang sama dengan daya yang dikenakan. Pecutan ataupun peningkatan
           kelajuan adalah berkadar terus dengan daya yang dikenakan dan berkadar songsang dengan jisim
           objek tersebut.
              Hukum Newton Kedua ini menyatakan bahawa kadar perubahan momentum adalah berkadar
           terus dengan daya paduan yang bertindak ke atas objek itu pada arah yang sama dengan arah
           tindakan itu.

                                              F   = daya paduan
                                              m = jisim objek di bawah pengaruh daya paduan F
                F = m (v - u)/t               v   = halaju akhirobjek
                                              u   = halaju awal objek
                                              t   = masa


              Disebabkan pecutan objek diberi oleh a = (v -  u)/t , Hukum Newton Kedua lebih terkenal
           dengan formula F = ma . Ini bermakna, semua objek berjisim tetap di bawah suatu pengaruh daya
           paduan F bukan sifar akan mengalamipecutan.

                               F
                                                                          m













                                         Foto 3.3  Hukum NewtonKedua


              Hubungan antara tindakan daya dengan jisim dan pecutan jasad dapat dirumuskan dalam
           persamaan berikut:


             F α a                                             F
             F = ma
             di mana,                                                   m

             F = daya yangbertindak
             m = jisim jasad
             a = pecutan


                                             Rajah 3.20 Tindakan daya dengan jisim dan pecutan jasad


         126
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21