Page 17 - NOTA MEKANIK DARI BUKU TEK
P. 17
MODUL3 Asas Statik Kejuruteraan
HukumNewton Ketiga
Hukum Newton Ketiga menyatakan bahawa, “Bagi setiap tindakan (aksi) terdapat satu tindak balas
(reaksi) yang sama magnitud tetapi arahnyaberlawanan.”
Rajah3.21menunjukkan sebijibola dilontarkan kearah dinding. Didapati bola akan mengenakan
satu daya ke arah dinding (aksi) dan dinding pula akan mengenakan daya yang sama ke atas bola
dari arah yang berlawanan (reaksi). Ini jelas menunjukkan dalam mekanisme aksi adalah sepasang
daya yang bertindak ke atas satu sama lain. Daya yang pertama dikenali sebagai aksi dan daya yang
kedua pula yang bertindak dari arah bertentangan dikenali sebagai reaksi.
Rajah 3.21 Tindakan daya yang berlawanan
R
(Tindak balas normal meja)
Dalam konteks daya, Hukum Newton Ketigamenyatakan:
“Apabila sesuatu jasad mengenakan daya atau aksi
ke atas jasad yang lain iaitu jasad yang kedua, jasad ini
akan mengenakan daya ataupun reaksi yang sama
magnitudnya dan dalam arah yang bertentangan ke atas
jasad yang pertama.”
W = R
W
(Berat)
Rajah 3.22 Daya-daya yang
bertindak ke atas objek
127

