Page 83 - Convert JPG to PDF online - convert-jpg-to-pdf.net
P. 83
LAPORAN
TAHUNAN
2016
MAJLIS PERBANDARAN TELUK INTAN •
LAPORAN TAHUNAN 2016 •
UNIT AUDIT DALAM
KEDUDUKAN PERJAWATAN, PENGISIAN DAN KEKOSONGAN
SEHINGGA 31 DISEMBER 2016
.5 BIDANG KUASA AUDIT
Tanggungjawab dan bidang kuasa Unit Audit Dalam ( UAD ) merangkumi pengauditan ke atas
semua Jabatan / Bahagian / Unit di Majlis Perbandaran Teluk Intan ( MPTI ). UAD juga diberi
kuasa oleh Pegawai Pengawal untuk menjalankan pemeriksaan mengejut pada bila - bila masa
berdasarkan Arahan Perbendaharaan 309. UAD menjalankan audit khas / penyiasatan
berdasarkan arahan Yang Dipertua dan Setiausaha MPTI dari masa ke semasa. UAD juga
merupakan urusetia dan penyelaras bagi memberi maklum balas terhadap teguran daripada
Jabatan Audit Negara / Negeri. Selain itu, Penolong Juruaudit juga dilantik sebagai Ketua
Pasukan Audit Dalam Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO9001 : 2008 di MPTI.
PROGRAM DAN STRATEGI
PROGRAM AUDIT
Bagi tahun 2016, Unit Audit MPTImenjalankan beberapa jenis pengauditan sepeti pengauditan
pengurusan kewangan, pengauditan / operasi dan audit susulan. Unit Audit Dalam juga
menjalankan pengauditan khas / penyiasatan berdasarkan arahan daripada Yang Dipertua
dan Setiausaha, MPTI.
PENGAUDITAN PENGURUSAN KEWANGAN
Pengauditan kewangan dilaksanakan selaras dengan kehendak Arahan Perbendaharaan,
Surat Pekeliling Perbendaharaan, Akta Prosedur Kewangan 1957serta Akta Kerajaan Tempatan
Bahagian V ( Peruntukan - Peruntukan Am Kewangan dan Bahagian VI ( Akaun dan Audit)
Selain itu, pengauditan kewangan juga dijalankan dengan membuat kajian dan pemeriksaan
berdasarkan kriteria - kriteria indeks akauntabiliti seperti berikut :

