Page 82 - Convert JPG to PDF online - convert-jpg-to-pdf.net
P. 82
LAPORAN
TAHUNAN
2016
MAJLIS PERBANDARAN TELUK INTAN
LAPORAN TAHUNAN 2016
UNIT AUDIT DALAM
LATAR BELAKANG
Unit Audit Dalam Majlis Perbandaran Teluk Intan telah ditubuhkan pada Tahun 2008 selaras
dengan kehendak Pekeliling Perbendaharaan Bil. 9 Tahun 2004. Unit Audit Dalam ( UAD )
merupakan satu fungsi bebas yang menjalankan kawalan dalaman organisasi serta
bertanggungjawab terus kepada Yang Dipertua.
VISI DAN MISI
VISI UAD adalah untuk menjadi penyumbang utama kepada kecemerlangan sistem
pengurusan dan peningkatan tahap akauntabiliti Majlis Perbandaran Teluk Intan ( MPTI).MISI
UAD adalah untuk menjalankan pengauditan secara profesional dan pihak audit ke arah
kecemerlangan sistem pengurusan dan akauntabiliti Majlis Perbandaran Teluk Intan.
FUNGSI
- Memastikan sistem kewangan dan kawalan dalaman adalah sempurna dan berkesan
- Memastikan pengurusan kewangan dan rekod - rekod kewangan teratur, tepat dan
mematuhi undang - undang, peraturan dan arahan yang berkuatkuasa
- Mengkaji tahap pematuhan kepada segala dosor. undang - undang, peraturan dan
arahan yang berkuatkuasa.
- Mengesan kelemahan dan memberi cadangan penambahbaikan.
- Menyediakan Rancangan Tahunan dan Laporan Tahunan Audit Dalam untuk kelulusan
Yang Dipertua
PERJAWATAN DAN ORGANISASI
Perjawatan di UAD adalah berdasarkan waran penjawatan yang telah diluluskan dan diisi
sehingga akhir bulan Disember 2016 adalah seperti berikut :

