Page 84 - Convert JPG to PDF online - convert-jpg-to-pdf.net
P. 84
LAPORAN
TAHUNAN
2016
MAJLIS PERBANDARAN TELUK INTAN
LAPORAN TAHUNAN 2016
UNIT AUDIT DALAM
i. Kawalan Pengurusan
ii. Kawalan Bajet
iii. Kawalan Terimaan
iv. Kawalan Perbelanjaan
vi. Pengurusan Aset dan Inventori
PENGAUDITAN PENGURUSAN /OPERASI
Pengauditan dijalankan untuk memastikan setiap pengurusan MPTI mematuhi polisi - polisi,
rancangan, prosedur undang - undang, kaedah dan peraturan yang telah ditetapkan melalui
kajian, pemeriksaan, penilaian dan laporan audit.
AUDIT SUSULAN
UAD akan menjalankan audit susulan terhadap semua jabatan di Majlis Perbandaran dari
semasa ke semasa. la bertujuan untuk memastikan tindakan telah diambil berdasarkan teguran
yang telah dibangkitkan oleh UAD dan Jabatan Audit Negara.
PENGAUDITAN KHAS
UAD akan menjalankan pemeriksaan dan pengauditan khusus berdasarkan arahan yang
diterima daripada Yang Dipertua atau Setiausaha Majlis Perbandaran Teluk Intan dari semasa
ke semasa.
PEMERIKSAAN MENGEJUT
Pemeriksaan mengejut pula dijalankan mengikut peruntukan undang - undang dibawah
Arahan Perbendaharaan 309 yang menghendaki Ketua Jabatan / Pegawai Pengawal
melakukan pemeriksaan mengejut tidak kurang dari sekali dalam tempoh 6 bulan. Pemeriksaan
dijalankan di kaunter - kaunter utama, kaunter rumah rehat, peti besi, panjar wang runcit,
simpanan tetap, kupon letak kereta dan setem.
STRATEGI
Pengauditan dijalankan berdasarkan Rancangan Tahunan Audit yang dirangka pad a bulan
Januari setiap tahun. Bagi tahun 2015, jadual rancangan tahunan audit adalah sepeti di
Lampiran. Berdasarkan perjawatan yang diluluskan semua staff di UAD terlibat secara langsung
di dalam proses pengauditan. Selain itu, UAD juga bertanggungjawab sebagai urusetia
mesyuarat jawatankuasa audit, menyediakan rancangan dan laporan tahunan audit dan
terlibat dalam program kualiti seperti MS ISO, Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuas
Tempatan dan Kumpulan Inovatif dan Kreatif

