Page 5 - Buku Pengurusan PM 2022_Neat
P. 5

BAB 1
                                                      PENGENALAN



               1.1     Pengenalan














                       1.1.1  Kata Alu-aluan PGB

                              Program Transformasi Sekolah (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha
                              Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan

                              sekolah yang berkualiti tinggi agar selaras dengan keperluan semasa pendidikan
                              di negara kita.
                              SJKC  Ping Min  Pundut,  Lumut  diamanahkan  untuk  menjalankan  Program

                              Transformasi Sekolah (TS25) bagi merealisasikan misi dan visi sekolah. Demi
                              pencapaian objektif sekolah dan menuju ke arah sekolah yang berprestasi tinggi,

                              semua warga pendidik di sekolah telah bertindak sebagai satu pasukan yang kuat
                              terus  berusaha  menjalankan  tugas  dengan  amanah,  dedikasi,  komitmen  dan
                              penuh tanggungjawab bagi meningkatkan kecemerlangan akademik, kokurikulum

                              dan kemenjadian murid.
                              Pihak  pentadbir,  MLT  dan  SLT  melaksanakan  pementoran,  penyeliaan  dan
                              pemantauan untuk  membimbing dan  memimpin  warga pendidik  sekolah

                              menghadapi perubahan dengan mengaplikasi konsep dan amalan PdPc terbaik
                              serta  membangunkan  persekitaran  pembelajaran  yang  berkesan  untuk
                              meningkatkan kemenjadian murid.

                              Guru-guru  mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat agar dapat
                              menyesuaikan diri dalam era perkembangan teknologi yang pesat dalam bidang

                              pendidikan. Semua Warga Pendidik SJKC Ping Min, Selamat Maju Jaya.





















                                                              1
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10