Page 7 - Buku Pengurusan PM 2022_Neat
P. 7

1.1.3  Sejarah Sekolah


                       Sekolah SJK (C) Ping Min, Pundut letaknya di Batu Dua, Pundut, iaitu 2 batu sebelum
               Pekan Lumut, Perak Darul Ridzuan.


                       Kawasan sekeliling sekolah ini bernama  Pundut.   Bilangan  penduduknya semakin

               bertambah apabila mendiang Encik Saw Cheng Chu AMN, PJK, JP membangunkan gudang Ban
               Joo Seng Sendirian Berhad., Kilang Papan Sim Lee Saw Mill Sdn. Bhd., Kilang perusahaan getah
               Ban Ngee Seng, Kilang Perusahaan Sabun dan Rumah asap getah.  Untuk membolehkan anak-

               anak tempatan dan pekerja-pekerja  kilang  menikmati peluang pendidikan, Encik Saw pun
               mendirikan sebuah sekolah rendah yang kecil di sebelah gudangnya.  Murid-muridnya hanya
               lebih kurang seramai empat puluh orang sahaja.


                       Pada akhir tahun 1950, Encik Saw dengan pertolongan mendiang Encik Ong Seok Kim
               yang berjiwa pendidik dan Encik Sim Ting Guan bekas Guru Besar sekolah rendah Eng Ling,

               Encik Saw berminat untuk meluaskan lagi tapak sekolah supaya dapat mendirikan sebuah
               sekolah yang sempurna.


                       Lantaran itu usaha untuk menubuhkan sekolah rendah Ping Min, (PERCUMA) kepada
               pendudukan dalam kawasan ini pun bermula.  Encik Ong dan Encik Saw bertugas mengutip

               derma untuk tabung pembangunan sekolah dari orang ramai baik di kawasan tempatan atau pun
               di kawasan luar.


                       Setelah  sokongan  yang  padu  diperolehi,  maka  lahirlah  sekolah  Ping  Min  buat
               sementaranya di rumah atap yang terletak di sebelah Kilang Perusahaan Sabun.  Pendaftaran
               pada ketika itu lebih kurang 80 orang dan terdapat 4 orang guru di samping Guru Besar Encik

               Sim.   Sekolah ini adalah sekolah percuma yang  pertama di Negeri  Perak pada  masa itu.
               Sebarang yuran dikecualikan.   Jadi setiap  kanak-kanak tempatan memiliki  peluang  untuk

               menerima pendidikan.

                       Dengan adanya derma dan bantuan dari orang ramai maka bangunan sekolah Ping Min,

               Pundut pun siap dibina.  Upacara pembukaan rasmi dilangsungkan pada 7hb September, 1952.


                       Keadaan  berubah  dari  masa  ke semasa,  kelas  dan  muridnya  semakin  lama  semakin
               bertambah.   Pada akhir tahun 1963  Encik Sim  Ting  Guan telah bersara dan  tempat beliau
               digantikan oleh Encik Hoong Mow Seng.





                                                              3
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12