Page 9 - Buku Pengurusan PM 2022_Neat
P. 9

5.  Pada tahun 1991, satu rancangan besar telah dilaksanakan, iaitu dengan kerjasama
                          Syarikat GAMUDA, sekolah ini mendapat tanah percuma sebanyak 800 lori dan usaha

                          percuma untuk meninggikan padang sekolah yang selalu banjir pada musin hujan.

                       6.  Pada tahun ini, sekolah ini juga mendapat bantuan daripada Encik Tan Hui Kuang,
                          Pengarah JPT Lumut selaku pengerusi PIBG dan Ahli Lembaga Sekolah, menukar

                          paip air baru berdiameter 4” untuk memudahkan murid-murid dan guru-guru.  Projek
                          ini juga diberi percuma.

                       7.  Pada tahun 1994, sekolah ini telah memberi sebuah mesin taip elektronik – Canon
                          yang dihadiahkan oleh YB. MP Kawasan Lumut, Datin Ling Chooi Sieng.


                       8.  Pada tahun berkenaan juga, sekolah menerima RM15,000.00 bagi projek membaiki
                          siling dan bumbung sekolah – projek ini dilaksanakan dalam tahun 1995.  Projek ini
                          adalah peruntukan khas daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.


                       9.  Dalam tahun 1995, sebanyak RM50,000.00 bagi projek pengubahsuaian pejabat, bilik

                          Guru Besar, bilik guru dan sebuah tandas sebanyak 6 unit serta memasang semula
                          wayar bekalan elektrik dawai sekolah dan pusat sumber.


                       10.  Dengan  kerjsama SMJK Dindings, jalan menghubungkan  ke  sekolah  telah dapat

                          ditar.

                       Encik Cheng Siew Chung telah dinaikan pangkat ke SJK (C) Chung Cheng pada 15hb

               Disember 1996 dan digantikan oleh Cik Chuah Chong Har pada 16hb Disember 1996.  Pada
               bulan  Julai  tahun  1997  sekolah  menerima  bantuan  modal  sebanyak  RM35,000.00  untuk
               membaiki dan menukar bumbung dan siling dewan sekolah serta bangunan blok B.  Kerusi lama

               di dewan juga digantikan dengan 300 buah kerusi plastik baru.

                       Projek dalam perancangan ialah mendirikan sebuah bangunan baru yang mengandungi

               kantin, di tingkat bawah dan sebuah perpustakaan di tingkat atas, dan mewujudkan semula kelas
               komputer serta meningkatkan lagi keceriaan sekolah.  Walau bagaimana pun untuk sementara,

               bilik  komputer telah siap penyelenggaraannya  dan dijangka dapat digunakan sepenuhnya
               pembelajaran dan pengajaran IT dalam bulan Oktober, 2000.










                                                              5
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14