Page 8 - Buku Pengurusan PM 2022_Neat
P. 8
Pada awal tahun 1978, Encik Hoong Mow Seng pula bersara dan tempatnya digantikan
oleh Encik Hong Kee Tiong. Encik Hong Kee Tiong hanya menjadi Guru Besar selama lima bulan
sahaja dan beliau ditukarkan ke sekolah lain.
Mulai daripada 1hb Julai, 1978 Encik Saw Kim Ming datang menjawat jawatan Guru Besar
di sekolah ini. Usaha-usaha untuk membangunkan sekolah ini tidak berhenti. Di bawah pimpinan
beliau beberapa projek telah dilaksanakan dan antaranya ialah seperti berikut :-
1. Memperlengkapkan kemudahan-kemudahan Dewan Sekolah dengan memasang
kipas siling dan mengantikan lantai pentas yang telah buruk.
2. Berusaha untuk mendapatkan sebuah pianio Yahama untuk kegunaan sekolah.
Pada 1hb Julai, 1985 Encik Saw Kim Ming dinaikan pangkat ke SRJK (C) Tit Bin, Pantai
Remis, Manjung (sekolah gred A) sebagai Penolong Kanan dan tempat beliau telah diganti oleh
Encik Cheng Siew Chung. Dibawah pimpinan Encik Cheng Siew Chung, beberapa projek
pembngunan telah dilaksanakan. Di antaranya ialah seperti berikut :-
1. Mengubahsuaikan sebuah bilik darjah menjadi Pusat Sumber, buku-buku juga telah
ditambah sebanyak 2000 naskah.
2. Mengecat semula bangunan sekolah secara gotong-royong oleh Lembaga Pengurus,
PIBG dan Murid-murid Tua. Segala perbelanjaan tidak dikeluarkan oleh pihak
sekolah.
3. Pada Jun 1987, beliau dengan kerjasama PIBG memulakan Kelas Komputer dengan
memesan 4 buah computer dari Syarikat NEC. Dan seterusnya mereka bentuk
sebuah bilik darjah berdekatan bilik guru besar sebagai bilik komputer.
4. Pada tahun 1990, sekolah ini di bawah bantuan Y.B. Datuk NG CHENG KUAI,
TIMBALAN MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN mendapat bantuan
Kerajaan sebanyak enam ribu lapan ratus untuk menukar bumbung dewan sekolah
dan membeli meja dan kerusi guru. Di samping itu, sekolah ini juga mendapat bantuan
dari Datuk Lim Keng Yaik untuk memberi O.H.P, televisyen dan buku cerita untuk bilik
Pusat Sumber.
4

