Page 10 - BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 202
P. 10

P a g e  | 9

                       2.  Sijil Sakit dan Times Slip
                          Sijil sakit perlu diserah kepada Guru Besar untuk proses kelulusan cuti dan pengesahan tidak
                          sihat untuk menjalankan tugas-tugas jawatannya oleh PPK / LP / Panel Doktor.   Pengesahan
                          itu hendaklah di atas sijil sakit yang diterima mengikut Perintah Am Bab C 1 (xi). Bagi urusan
                          yang  tidak  mendapat  Sijil  Sakit  atau  pengambilan  sampel  darah,  mengambil  ubat  dan
                          seumpamanya,  perlu  mendapatkan  Time  Slip  daripada  pegawai  perubatan  dan  diserah
                          kepada Guru Besar sebagai bukti kehadiran di pusat rawatan pada masa-masa tertentu kerana
                          tidak berada di sekolah.

                       3.  Cuti Tanpa Gaji
                          Mengikut  Perintah  Am  Bab  C,  CTG  boleh  dipohon  atas  sebab-sebab  persendirian  yang
                          mustahak.  PAC 14 (b) – Urusan sendiri di dalam Malaysia atau PAC 14 (c) – Urusan sendiri
                          di luar Malaysia.  Kuasa melulus ialah Ketua Jabatan (Pengarah JPN).  Jumlah cuti yang boleh
                          diluluskan ialah sebanyak 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan.  Had maksimum
                          360 hari.  Syarat minimum layak memohon CTG ialah 6 bulan perkhidmatan yang melayakkan.
                          Perintah Am 14 A Bab C menyatakan tiada gaji bagi tempoh tidak hadir bekerja tanpa cuti –
                          jika sesorang pegawai itu tidak hadir bekerja bagi suatu tempoh tanpa sesuatu sebab yang
                          pada pendapat Ketua Jabatan adalah satu sebab yang munsabah, maka pegawai itu tidaklah
                          berhak mendapat apa-apa gaji atau lain-lain emolumen bagi tempoh tidak hadir bekerja itu.
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15