Page 7 - BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 202
P. 7
P a g e | 6
PERATURAN AM SEKOLAH
KEHADIRAN GURU
1. Guru hendaklah berada di kawasan sekolah sekurang-kurangnya 10 minit sebelum jadual
waktu pembelajaran bermula . Kehadiran ke sekolah dan balik hendaklah dicatat dalam Buku
Kedatangan setiap hari bertugas.
2. Guru yang tidak dapat hadir ke sekolah atau terpaksa datang lewat hendaklah memberi
kenyataan dan sebab yang wajar kepada pihak sekolah secepat mungkin.
3. Jadual waktu untuk proses pengajaran dan pembelajaran serta jadual guru ganti mesti dipatuhi
seperti ditetapkan oleh pihak sekolah.
4. Semua urusan peribadi guru hendaklah dilakukan di luar waktu sekolah kecuali dalam
keadaan kecemasan yang mendapat kebenaran Guru Besar.
5. Guru diwajibkan menghadiri mesyuarat yang diadakan tepat pada masanya.
6. Semua guru juga diwajibkan menghadiri sebarang majlis atau acara sekolah samada rasmi
atau tidak rasmi.
KEHADIRAN GURU BESAR, ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA (AKP) dan PPM
1. Mengikut Waktu Fleksi (WBF): Berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5/2019
2. Pembantu Pengurusan Murid (PPM) : Tempoh waktu bekerja 9jam-1jam=8 jam
3. Guru Besar: Tempoh waktu bekerja 9jam-1jam=8 jam
KELUAR WAKTU MENGAJAR
1. Guru tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah sepanjang waktu persekolahan kecuali
perkara yang tidak dapat dielakkan atau arahan dari Kementerian Pendidikan, Jabatan
Pelajaran Negeri atau Pendidikan Daerah dengan syarat mendapat kebenaran dari pihak Guru
Besar.
2. Guru dikehendaki mencatat atau mengisi buku rekod keluar setelah mendapat kebenaran dari
pihak pentadbir.
3. Guru bertanggungjawab menyediakan kerja bertulis atau tugasan kepada pelajar sebelum
meninggalkan sekolah (kursus, mesyuarat dan sebagainya) melalui guru relief atau Guru
Penolong Kanan.
PERHIMPUNAN SEKOLAH
1. Perhimpunan sekolah adalah acara rasmi. Semua guru dikehendaki menghadiri perhimpunan
sekolah tepat pada masanya.
2. Guru hendaklah memakai pakaian yang lengkap serta memakai tanda nama.
3. Guru bertugas dikehendaki memastikan pelajar bersedia tepat pada masanya dan tentatif
perhimpunan berjalan lancar.
4. Semua guru diminta menunjukkan perlakuan yang baik (tidak berbual dsb) kerana pada waktu
itu tumpuan pelajar adalah pada guru yang dianggap sebagai role model.
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
1. Guru hendaklah melaksanakan P&P mengikut jadual waktu yang telah ditetapkan. Guru mesti
melaksanakan tugas-tugas tersebut dengan dedikasi, cekap dan penuh tanggungjawab.
2. Guru hendaklah masuk ke kelas tepat pada masanya dan meninggalkan kelas setelah tamat
masa ditetapkan.

