Page 8 - BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 202
P. 8
P a g e | 7
3. Merancang P&P yang berkesan sebelum masuk ke kelas. Buku atau Fail Rekod Persediaan
Mengajar perlu dibawa setiap kali masuk ke kelas.
4. Guru perlu prihatin dan peka dengan keadaan pelajar. Guru hendaklah menegur pelajar yang
tidak menumpukan perhatian atau tidak masuk/lewat ke kelas.
5. Semua butiran dalam Buku / Fail Rekod Mengajar hendaklah disempurnakan dengan lengkap
dan teliti. Semua guru wajib menyerahkan Buku /Fail Rekod pada setiap hari Jumaat untuk
ditandatangani oleh Guru Besar/Guru Penolong Kanan.
6. Setiap guru matapelajaran hendaklah memastikan sekurang-kurangnya pencapian minima
50% lulus tercapai dan peningkatan 3% setiap mata pelajaran dari pencapaian tahun
sebelumnya.
7. Guru juga hendaklah berusaha agar murid Menguasai Tahap Minimum (MTM) pada
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) sekurang-kurangnya TP3 dan mempunyaii justifikasi pada
pencapaian TP 5 dan TP6.
8. Guru matapelajaran hendaklah memastikan Standard Akademik yang ditetapkan oleh Panitia
Matapelajaran masing-masing dilaksanakan dengan berkesan.
9. Guru hendaklah melaksanakan Audit Akademik bagi mengenalpasti pencapaian murid dari
semasa ke semasa dan menentukan program peningkatan / penambahbaikkan yang perlu
dibuat.
TUGAS
1. Guru yang diberi tugas berkaitan kurikulum hendaklah melaksanakan tugas tersebut dengan
dedikasi, cekap dan bertanggungjawab.
2. Semua aktiviti luar dari bilik darjah hendaklah dirancang dengan teliti dan mesti mendapat
kelulusan daripada Guru Besar sebelum dilaksanakan.
3. Semua pembelian atau permintaan bayaran daripada murid atau ibubapa mesti mendapat
kelulusan daripada Guru Besar.
4. Apabila diarahkan untuk melaksanakan sesuatu tugasan / arahan misalnya menghadiri
mesyuarat, guru terbabit mesti mematuhinya dan tidak boleh mengarahkan orang lain untuk
menggantikannya tanpa pengetahuan Guru Besar.
PAKAIAN DAN KEKEMASAN DIRI
1. Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profession keguruan dan Surat Pekeliling
yang sedang berkuatkuasa.
2. Pakaian berbentuk seluar dan baju tanpa lengan pendek tidak dibenarkan bagi guru-guru
perempuan.
3. Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan rambut dan panjang yang sesuai.
4. Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dikehendaki memakai pakaian yang sesuai dan
mengikut Surat Pekeliling yang sedang berkuatkuasa.
BILIK GURU
1. Kebersihan dan keselamatan peralatan di dalam bilik guru adalah tanggungjawab semua guru.
2. Guru tidak digalakkan membenarkan pelajar berada di bilik guru kecuali atas urusan yang tidak
dapat dielakkan.
3. Guru sewajarnya mewujudkan perasaan kekitaan (tidak berpuak-puak) dan sentiasa
mengawal tutur kata supaya tidak menyinggung pihak yang lain.

