Page 9 - BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 202
P. 9

P a g e  | 8

                   BILIK-BILIK KHAS
                       1.  Guru-guru  yang  menguruskan  bilik  khas  bertanggungjawab  untuk  menjaga  kebersihan,
                          keselamatan dan keceriaan bilik tersebut.
                       2.  Pelajar tidak dibenarkan berada di bilik ini kecuali dengan kehadiran guru.
                       3.  Guru yang menggunakan bilik-bilik ini mesti memastikan bilik tersebut berada dalam keadaan
                          kemas sebelum meninggalkannya.
                       4.  Bilik-bilik ini adalah Kawasan Larangan Merokok.

                   JADUAL KEDATANGAN
                       1.  Guru  Kelas  bertanggungjawab  memasukkan  maklumat-maklumat  yang  diperlukan  dan
                          hendaklah memahami dan mematuhi kehendak mengenainya yang tercetak di bahagian dalam
                          kulit hadapan.
                       2.  Nama pelajar hendaklah ditulis secara teratur, kemas dan ditanda pada setiap hari pada waktu
                          pertama.
                       3.  Buku ini hendaklah sentiasa berada di pejabat.  Guru tidak dibenarkan membawa balik buku
                          Jadual Kedatangan Pelajar.
                       4.  Guru kelas mesti menghubungi ibu bapa jika pelajar tidak hadir selama 3 hari berturut-turut
                          atau berselang seli dalam seminggu.
                       5.  Analisis mesti dibuat pada setiap akhir bulan dan akan disemak oleh GPK HEM.

                   CUTI
                       1.  Cuti Rehat Khas dan  Cuti Penggal.
                          Mengikut Pekeliling KPM, guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah menggantikan
                          cuti  rehat,  tetapi  guru  boleh  dipanggil  bertugas  oleh  Guru  Besar  tidak  melebihi  separuh
                          daripada jumlah cuti penggal dalam satu-satu tahun itu  (Perintah Am 50 (a) Bab C) untuk
                          menjalankan tugas selain mengajar. Kelayakan Cuti Rehat Khas adalah 10 hari (Pekeliling
                          Perkhidmatan  Bil.8  Tahun  2017)  Kelayakan  Prorata  Setahun  ;  Kelayakan  melebihi  dari
                          bilangan  yang  layak  secara  prorata  terhad  10  hari.  (dengan  syarat  tertentu)  ;  Kelayakan
                          Melangkau  tahun.  (dengan  syarat  tertentu).  Guru  Besar  memberi  keutamaan  kepada
                          Melindungi Masa Intruksional (MMI) dan mengutamakan pengajaran dan pembelajaran (P&P)
                          di sekolah. Oleh yang demikian kelulusan CRK mestilah mengikut peraturan ditetapkan.

                          SOP memohon CRK
                          1. Bagi cuti yang dirancang , isi borang cuti sekurangnya 1 minggu sebelum tarikh dimohon
                          kecuali lawatan keluar negara yang memerlukan tindakan lebih awal.

                          2. Bagi cuti keperluan secara tiba-tiba, maklumkan Guru Besar melalui WhatsApp/tel. untuk
                          dapatkan kelulusan awal.

                          3. Jika perlu CRK lebih daripada 1 hari, guru perlulah bersemuka dengan Guru Besar dan
                          menyatakan tujuan bercuti.

                          4. Permohonan melalui aplikasi HRMIS dan disokong.

                          5. Dokumen berkaitan terhadap keperluan cuti hendaklah ditunjukkan dan dimasukkan ke
                          dalam sistem HRMIS.

                          6. Pemohon bertanggungjawab maklumkan Guru Besar jika sudah disokong

                          7. Dapatkan maklumat CRK telah diluluskan atau Tidak sebelum  bercuti.
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14