Page 4 - BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 202
P. 4
P a g e | 3
SEKAPUR SIRIH
GURU BESAR
Alhamdulillah, Buku Pengurusan 2020 ini merupakan dokumen rujukan rasmi agar
pengoperasian sekolah berjalan dengan lancar dimana setiap warganya akan melihat
sekolah mempunyai matlamat dan hala tuju yang jelas. Buku ini terbahagi kepada dua
bahagian iaitu Pengurusan Am di Bahagian A dan Pengurusan Agenda di Bahagian B.
Bahagian B diwujudkan agar buku ini sentiasa dirujuk untuk memastikan perkara yang perlu
diambil tindakan tanpa alasan ”terlepas pandang“ dan seterusnya membuat rekod
pelaksanaan, penambahbaikan dan lalin-lain melalui Plan, Do, Check and Action (PDCA)
sebagai Tools.
“Hari ini mesti lebih baik daripada hari semalam, dan hari esok mesti lebih baik
daripada hari ini“ merupakan ungkapan yang sering didengar. Jika ungkapan ini
direalisasikan, tentulah tahun 2020 akan menyaksikan penambahbaikan melebihi tahun-
tahun yang telah berlalu. Warga sekolah perlu berubah kepada yang lebih positif dalam
segenap perkara dengan mengambilkira sasaran semasa Menteri Pendidikan, Pengarah
Pendidikan Negeri, Pegawai Pendidikan Daerah dan Hasrat Guru Besar dalam segenap
aspek disasarkan.
Sentiasa “Bersyukur dan “Ikhlas” adalah sikap dan amalan yang akan menjadikan
seseorang bekerja dan berkhidmat dengan proaktif, berdaya saing, kreatif dan inovatif serta
lain-lain yang dirangkum sebagai budaya kerja cemerlang.
Semoga tahun 2020 ini kita akan dapat menyaksikan pengurusan pengoperasian
sekolah, peningkatan pencapaian (pertumbuhan dan perkembangan ) murid dalam aspek
akademik, sahsiah, sukan dan kokurikulum dengan kerjasama semua pihak melalui konsep
‘permuafakatan” dapat dilaksanakan.
Dengan rendah hati, saya memohon kesudian semua pihak dalam memberi teguran
membina untuk penambahbaikan Buku Pengurusan ini.
Sekian.
“MUAFAKAT MEMBANGUN POTENSI”
MUHAMMAD JUFRI ABDUL KARIM
Guru Besar,
SK Sungai Hj. Matahir Tawau 29 Disember 2019

