Page 58 - BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 202
P. 58
P a g e | 54
BIL BAHAGIAN KETETAPAN SOP
j) Umur pada 2 Jan. tahun berkenaan
k) Nama ibu bapa/penjaga
l) Pertalian murid dengan ibu bapa/penjaga
m) Alamat ibu bapa/penjaga terkini
n) No. telefon ibu bapa/penjaga terkini
o) Pekerjaan ibu bapa/penjaga terkini
p) Atau yang perlu diisi dengan arahan Guru Besar.
v. Mendapatkan Nombor Bilangan Sekolah daripada buku Daftar
Kemasukan Sekolah bagi murid Tahun 1 atau murid baru berpindah
masuk ( Pastikan pendaftaran murid telah dilengkapkan selewat-
lewatnya pada minggu terakhir bulan Januari).
vi. Bagi murid Tahun 1 – 5 nombor bilangan sekolah boleh dirujuk dalam
Jadual Kedatangan Murid tahun sebelumnya.
vii. Semak semua butiran untuk memastikan tiada berlaku kesilapan
sebelum menyalin senarai nama dan maklumat diri pelajar ke dalam
BRKM.
viii. Guru perlu menandakan kedatangan harian murid sendiri dan
meletakkan semula BJKM ke rak di pejabat selewat-lewatnya pada
pukul 8.30 pagi (sesi pagi) dan pukul 2.30 petang (sesi petang)
ix. Memenuhkan senarai nama mengikut abjad dalam ruang bayaran
diterima dan mendapatkan nombor resit yuran daripada Kerani
Kewangan di pejabat bagi murid bukan warganegara.
x. Pada akhir bulan, pastikan semua ruang diisi, dijumlahkan dan
dipindahkan ke bulan hadapan.
xi. Memastikan nama murid dipindahkan pada akhir bulan sebelumnya.
xii. Sekiranya ada murid yang baru masuk, atur semula senarai nama
mengikut jantina dan abjad.
xiii. Guru kelas menandakan kedatangan dengan cara:
BI PERKARA SIMBOL
L DITULIS
1 Hadir /
2 Hadir Lewat (Murid dikira hadir) L
3 Tidak hadir tanpa sebab (Ponteng) O dalam
ditanda P
4 Tidak hadir kerana sakit (Surat sokongan klinik/ O dalam
ibu bapa) ditanda S
5 Tidak hadir bersebab (Surat sokongan ibu O dalam
bapa) ditanda K
6 Tidak hadir (Murid terlibat Kokurikulum/sukan) /
– dikira hadir
7 Hadir kurang 2 jam – dikira tak hadir O
8 Gantung sekolah G
xiv. Semakan JKM akan dibuat oleh PK HEM / PK PETANG / SU HEM /
PEN. SU HEM pada akhir setiap bulan. Borang semakan diserahkan
kepada Pengetua.
xv. Guru Kelas ke-2 akan mengambil alih tugas guru kelas apabila guru
kelas tiada di sekolah.

