Page 62 - BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 202
P. 62
P a g e | 58
KETETAPAN (SOP)
PENGOPERASIAN KOKURIKULUM
SK. SUNGAI HJ MATAHIR, TAWAU
❖ TUJUAN
Tujuan penyediaan Standard Operating Procedure (SOP) Sistem Pengurusan Kokurikulum adalah sebagai
polisi keselamatan, panduan kepada guru penasihat / pemimpin dalam melaksana, mengawal, dan merekod
maklumat
❖ OBJEKTIF
1. Memastikan tiada kemalangan berlaku semasa menjalankan aktiviti kokurikulum
2. Memastikan aktiviti yang dijalankan, dirancang dengan mengambil kira tatacara
3. Keselamatan dan mematuhi dasar Kementerian Pendidikan.
4. Memastikan pengurusan peralatan dan diri pelajar mengikut tatacara yang disediakan.
❖ PERANAN IBUBAPA
1. Mengambil tahu aktiviti kokurikulum yang diikuti oleh anak-anak jagaan masing-masing.
2. Meneliti dan mengisi borang-borang yang disediakan oleh pihak sekolah yang berakitan dengan aktiviti
yang dijalankan. Memastikan anak berada dalam keadaan sihat.
3. Memaklumkan kepada pihak sekolah tentang taraf kesihatan anak jagaan masing-masing.
4. Memastikan ada surat pengesahan doktor jika anak tidak sesuai untuk mengikuti sebarang aktiviti.
5. Menandatangan borang pengesahan kebenaran untuk menjalankan aktiviti.
6. Menyediakan bahan keperluan anak jagaan sepanjang aktiviti dijalankan.
7. Mengenalpasti guru-guru yang menguruskan aktiviti dan menyimpan nombor telefon guru
berkenaan/pihak sekolah.
❖ PERANAN GURU (PEMIMPIN / PENASIHAT) SEMASA AKTIVITI KOKURIKULUM
MINGGUAN
1. Peka terhadap surat pekeliling yang diedarkan serta memahami isi kandungannya.
2. Memahami dan mematuhi tatcara tindakan sebelum, semasa dan selepas aktiviti
dijalankan.
3. Menyimpan rekod profil dan juga kegiatan pelajar serta dikemaskini.
4. Merekodkan sebarang kemalangan semasa aktiviti dalam buku rekod kemalangan.
5. Mengenalpasti pelajar yang tidak sihat atau mempunyai surat pengesahan perubatan
tentang sesuatu penyakit yang perlu dikecualikan daripada menjalankan aktiviti.
6. Menyediakan surat makluman kepada ibubapa / penjaga tentang sesuatu aktiviti
yang dijalankan.
7. Mengedarkan borang kebenaran ibu bapa / penjaga untuk dipenuhkan dan dikumpulkan semula aktiviti
dijalankan. Borang ini difailkan dalam Fail Kebenaran Menyertai Aktiviti di bilik GPK Kokurikulum.
8. Hadir di tempat aktiviti 15 minit sebelum aktiviti dimulakan dan mengawasi murid sepanjang masa untuk
mengelakkan berlakunya sebarang masalah yang tidak diingini.
9. Mencatat kehadiran pelajar.
10. Memastikan aktiviti yang dilakukan mengikut kesesuaian dan kemampuan pelajar.
11. Memastikan kawasan yang digunakan dalam keadaan yang selesa dan selamat.

