Page 60 - BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 202
P. 60
P a g e | 56
BIL BAHAGIAN KETETAPAN SOP
iii. Semua sampah di dalam bilik darjah mesti dibuang ke dalam
bakul/tong sampah
iv. Kerusi dan meja hendaklah disusun teratur mengikut spesikasi
Pendidikan Abad ke-21 dan kemas sepanjang masa.
v. ‘White Board’ hendaklah dibersihkan.
vi. Guru waktu akhir perlu memastikan pelajar membuang sampah ,
menyusun kerusi meja, serta menutup suis dan pintu bilik darjah.
vii. Semua kelas hendaklah dihias dengan sempurna. Hiasan kelas boleh
mengikut kreativiti murid dengan bimbingan guru.
viii. Guru bertugas mingguan perlu membuat pemantauan mengikut garis
panduan yang ditetapkan oleh unit 3K.
ix. Memastikan papan kenyataan dalam kelas digunakan dengan
berfaedah dan wajib dilengkapi
dengan :
• Jadual waktu kelas / Senarai nama pelajar /Motto kelas / Visi dan
misi sekolah
• Carta organisasi kelas/ Jadual bertugas murid/ Jadual Waktu
terkini
• Kalendar dan Takwim Sekolah/ Pelan Laluan Kecemasan/
Inventori bilik darjah
• Peraturan kelas dan lain-lain bahan ilmiah mengikut subjek.
x. Memastikan kelas mempunyai peralatan berikut :
• Penyapu/ Bakul sampah/ Pemadam/ Penyodok/ Marker pen/ Kain
pengelap tingkap
• Buku Kawalan Bilik Darjah (BKBD)
BUKU KAWALAN BILIK DARJAH (BKBD)
i. Setiap kelas dibekalkan dengan BKBD 2 set (Semester 1 & 2)
ii. Guru perlu tandatangan setiap kali memasuki kelas pada setiap waktu
pembelajaran.
iii. Setiap guru akan mencatat nama mata pelajaran masa dan jumlah
pelajar hadir pada masa mereka mengajar. Ketua / Penolong Ketua
Kelas hendaklah menulis GURU TIDAK HADIR jika guru tidak masuk
kelas.
iv. Tujuan BKBD adalah memastikan bahawa tidak ada pelajar yang
ponteng kelas. BKBD adalah dokumen rasmi sekolah.
v. Guru matapelajaran dikehendaki mencatat salah laku murid dalam
BKBD
vi. Salahlaku disiplin hendaklah dilaporkan pada PK Hem /PK Petang /
Guru Disiplin.
vii. BKBD disimpan di pejabat setiap minggu. Guru Kelas /Ketua/Penolong
Ketua Kelas sahaja yang dibenarkan mengambil sebelum waktu
pertama hari Isnin dan memulangkan selepas waktu akhir hari Jumaat.
viii. Peringatan:
• Tulis nama guru masuk.
• Tulis bilangan murid.
• BKBD mesti berada di atas meja guru setiap waktu.
ix. Guru Kelas / guru mata pelajaran waktu pertama perlu memastikan
tarikh, nama guru , jumlah kehadiran, nama murid tidak hadir , murid
yang lewat dicatatkan setiap hari.

