Page 15 - [E-Buletin] Edisi Khas: Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia 2020
P. 15

Facebook yang biasanya digunakan untuk hubungan sosial dan sebagai
           hiburan, kini boleh juga digunakan untuk aktiviti pembelajaran. Melalui
           Facebook      pensyarah       boleh     menyimpan        rakaman      langsung       sesi

           pembelajaran, berkongsi maklumat tambahan, berinteraksi dengan
           pelajar yang lain dan sebagainya. Pensyarah Keusahawanan turut
           menggunakan platform ini bagi aktiviti flash sale para pelajar melalui
           kursus Start-Up Business.












                              Kahoot! Mengetengahkan konsep pembelajaran modul

                              teori yang berasaskan permainan yang disediakan secara
                              atas talian. Ia boleh dicapai menggunakan komputer,
                              tablet dan telefon pintar dalam kalangan pelajar. Aplikasi
                              ini berupaya merangsang fokus pelajar, menjadi alat

                              interaktif yang berkesan dalam proses PdP, menjadikan
                              suasana kelas lebih menyeronokkan dan membina
                              persaingan yang positif.


              Penggunaan aplikasi Kahoot dapat
              meningkatkan motivasi pelajar dan
              merupakan salah satu kaedah yang
              bagus       untuk      melihat      tahap
              pencapaian pembelajaran pelajar

              di dalam bilik kuliah.
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20