Page 16 - [E-Buletin] Edisi Khas: Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia 2020
P. 16
Sebagaimana yang telah kita maklumi, MARA telah menangguhkan
sesi pengajian secara fizikal di semua institusi pendidikan MARA
(IPMA) susulan dari arahan Perintah Kawalan Pergerakan ini.
Bagi merealisasikan amanah perkhidmatan secara dari rumah atau
Work from Home (WFH), para pensyarah KKTM Petaling Jaya
meneruskan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dan penilaian
secara atas talian bersama para pelajar. Selain itu, mereka turut
mengambil inisiatif bagi menyertai sesi-sesi webinar yang dianjurkan
oleh pelbagai pihak termasuklah oleh MARA Digital Learning,
CompTIA dan Pendidik Digital MY. Ini memberikan kelebihan kepada
mereka bagi mendalami pengetahuan di dalam bidang-bidang yang
berkaitan.
Tidak ketinggalan juga, Jawatankuasa Pembelajaran Sepanjang Hayat
(PSH) turut menganjurkan kursus jangka pendek / perkongsian secara
atas talian. Kursus jangka pendek yang akan dijalankan dalam tempoh
PKP turut melibatkan kemahiran berkaitan Internet of Things (IoT).
Semoga usaha ini mampu memberi nilai tambah yang lebih lagi buat
para pensyarah sekaligus memberikan impak di dalam proses PdP di
masa akan datang.

