Page 20 - [E-Buletin] Edisi Khas: Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia 2020
P. 20
En. Hablillah bin Mohd Hazim
Pensyarah
Jabatan Teknikal
KKTM Petaling Jaya
Bagi melaksanakan e-pembelajaran, adalah perlu untuk
memastikan capaian internet disediakan dan dapat diakses oleh
semua pelajar terutamanya dari golongan B40. Pemilihan
aplikasi (mobile app) yang mudah dan sesuai juga boleh
dilakukan supaya pelajar dapat mempelajari sesuatu
pembelajaran walau hanya dengan penggunaan telefon pintar
sahaja. Bagi kursus Electric Circuits, antara aplikasi yang dipilih
adalah ‘Electric Circuit Studio’ dan ‘Every Circuit’ kerana
mempunyai kesesuaian bagi tujuan simulasi litar.
Selain itu, pensyarah juga boleh memuatnaik atau berkongsi
pautan video pengajaran yang bersesuaian bagi tujuan
pembelajaran. Inisiatif kolej untuk membekalkan komponen
atau modul perkakasan elektronik seperti perintang, LED,
pengawal mikro Arduino, papan litar dan lain-lain boleh
membantu pelajar untuk melakukan aktiviti praktikal yang
mudah berdasarkan rujukan yang diberi.
Namun begitu, pendekatan e-pembelajaran bagi pembelajaran
bersifat praktikal masih belum dapat memenuhi keperluan bagi
mengasah kemahiran pelajar. Pembelajaran secara bersemuka
dan demonstrasi adalah lebih efektif bagi mencapai objektif
berbentuk psikomotor.

