Page 19 - [E-Buletin] Edisi Khas: Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia 2020
P. 19

Hani Kiasatina binti Hassan

                                    Pelajar
                          KKTM Petaling Jaya
















               Bagi saya e-pembelajaran ini adalah menyeronokkan kerana
               kami dapat meneroka penggunaan aplikasi baru seperti ZOOM
               Cloud Meeting. Ini merupakan pengalaman pertama saya
               menggunakan aplikasi ZOOM bagi kelas atas talian bersama
               pensyarah. Selain ZOOM terdapat aplikasi lain juga yang
               digunakan seperti Microsoft Teams. Namun begitu, akses
               internet yang baik amat diperlukan untuk menggunakan
               aplikasi tersebut dan ini mungkin memberikan sedikit
               kekangan        bagi      sesiapa      yang      mempunyai          masalah
               mendapatkan akses.



               Selain itu, kami juga berpeluang menduduki e-assessment
               menggunakan platform seperti Quizizz, dan melakukan
               pembentangan serta perbincangan forum di platform ZOOM.
               Alhamdulillah setakat ini semua berjalan dengan lancar.
               Tugasan juga turut dihantar secara salinan lembut (softcopy)
               kepada pensyarah melalui e-mel atau platform Google
               Classroom.      Semua       pensyarah       dan    pelajar     memberikan
               komitmen        yang       terbaik     dalam       memastikan         proses
               pembelajaran dapat diselesaikan walaupun sedang dalam

               pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.
   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24