Page 87 - MQA DOKUMEN
P. 87

Ijazah Sarjana Doktor Falsafah sejarah (KUIM)
 MQA-02 (Mohon Akreditasi Penuh) JULAI  2017
               BAHAGIAN D : LAPORAN PENILAIAN KENDIRI PROGRAM

               1.0     Kekuatan Program

                       Kekuatan  program    ini  dilihat  dari  sudut  peranannya  sebagai  laluan
                       kepada  pemegang  ijazah  sarjana  dalam  bidang  sejarah  untuk
                       menguasai  kaedah  dan  mekanisme  yang  sesuai  dalam  penyelidikan
                       bidang  sejarah  serta  dapat  memperkukuhkan  kefahaman  berkaitan
                       penyelidikan dan penulisan sejarah yang sebenar yang akhirnya bakal
                       memberikan manfaat dan impak kepada pengkajian yang dilakukan.



               2.0     Penumpuan bidang program

               Berdasarkan  kepada    program  yang  ditawarkan  iaitu    Ijazah  Sarjana  Doktor
               Falsafah  Sejarah  ,  ia  memberi  gambaran  bahawa  dalam  disiplin  sejarah  ini
               mempunyai beberapa cabang pengkajian yang boleh dikaji oleh pelajar seperti
               Sejarah Alam Melayu, Pensejarahan,Sejarah Melayu, Sejarah Malaysia dan lain
               – lain lagi . Oleh yang demikian, pelajar boleh memilih bidang pengkhususan
               yang diminati untuk dijadikan penyelidikan ilmiah mereka.




               3.0     Strategi untuk mengukuhkan dan mengekalkan kekuatan program

               Bagi mengukuhkan kekuatan program ini maka terdapat beberapa strategi yang
                       perlu diikuti  antaranya :

               3.1.    Melantik panel kajian yang mempunyai kelayakan dan pengalaman
                       dalam bidang sejarah untuk mendapat maklum balas, pandangan dan
                       teguran dari masa ke semasa.

               3.2.    Melantik penyelia yang berkelayakan untuk menyelia calon-calon
                       pengajian ini.

               3.3.    Membuat pertemuan dan perbincangan dengan panel jawatankuasa
                       kajian untuk proses pemantapan dan pengemaskinian kandungan
                       kurikulum serta mendapatkan pandangan dan nasihat.

               3.4.    Memastikan bahawa program yang ditawarkan ini mematuhi pekeliling
                       yang telah dikeluarkan oleh pihak Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
                       iaitu menepati Standard Ijazah Sarjana dan Kedoktoran.




               4.      Langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengatasi masalah

               Terdapat beberapa langkah yang perlu diutamakan pelaksanaannya :

               4.1.    Menyediakan penyelia yang berkualiti yang diukur dari aspek
                       kepakarannya, bidang penulisannya, penyelidikannya dan
                       sumbangannya pada bidang akademik.


               4.2.    Menambah jumlah buku-buku yang terkini untuk rujukan pelajar.
                                                          110
   82   83   84   85   86   87   88   89   90   91   92