Page 83 - MQA DOKUMEN
P. 83
Ijazah Sarjana Doktor Falsafah sejarah (KUIM)
MQA-02 (Mohon Akreditasi Penuh) JULAI 2017
Bin Khairul Tadbir menguruskan
Effendy pentadbiran dan surat
mesyuarat/memo
8.3.5 KUIM menggunakan sistem penilaian ke atas sasaran kerja tahunan
yang mempunyai format Pegawai Penilai Pertama, Pegawai Penilai
Kedua dan Penilaian Urusetia. Semua tugas dan tanggungjawab
dibahagikan mengikut subfungsian yang telah dikenalpasti. Struktur
imbuhan gaji adalah mengikut imbuhan gaji Skim Saraan Malaysia
(SSM).
8.3.6 Disiplin staf dikawal melalui General Order dari Kerajaan Persekutuan,
pekeliling yang berkaitan dari Jabatan Perkhidmatan Awam, dan
arahan atau pekeliling dari Kerajaan Negeri Melaka. Pihak KUIM juga
mempunyai Peraturan,Tatatertib dan Surcaj Pegawai, Kolej Universiti
Islam Melaka.
8.3.7 Bahagian Latihan dan Pembangunan Staf memastikan staf pentadbiran
dan pengurusan untuk menjalani latihan, bengkel dan seminar mengikut
keperluan semasa program. KUIM juga menyediakan skim
pembangunan Akademik untuk ahli Akademiknya yang ingin
menyambung pengajian ke peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah
(PhD). Peningkatan kerjaya pula merujuk kepada proses kenaikan
pangkat Akademik dimana KUIM mempunyai peningkatan jawatan dari
Pensyarah, Pensyarah Kanan, Profesor Madya dan Profesor. Tenaga
Akademik juga berpeluang untuk dipilih menjadi pentadbir KUIM
contohnya Ketua Jabatan, Dekan Akademi / Fakulti / Institut, Pengarah,
Timbalan Naib Canselor dan Naib Canselor.
8.3.8 KUIM mengguna pakai kaedah penilaian prestasi seperti yang
dijalankan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia. Penilaian
prestasi ini dijalankan secara tahunan.
8.3.9 Keperluan latihan KUIM dilaksana dengan mengikut prosedur 5S KUIM.
Borang maklumbalas latihan juga disediakan bagi memastikan latihan
yang dihadiri dapat memberikan pengetahuan tambahan kepada ahli
Akademik KUIM. Keutamaan diberikan kepada ahli Akademik yang
mendapat peluang untuk membentangkan kertas kerja. Ini penting
106

