Page 84 - MQA DOKUMEN
P. 84

Ijazah Sarjana Doktor Falsafah sejarah (KUIM)
 MQA-02 (Mohon Akreditasi Penuh) JULAI  2017
                       dalam memberikan maklumat tambahan atau mengemaskini maklumat
                       supaya  mutu  Akademik  KUIM  berada  ditahap  yang  sepatutnya  dan

                       sentiasa terkini.

               8.4     Rekod Akademik


               8.4.1  Dasar Penyimpanan dan Pelupusan Rekod Staf Akademik dan Pelajar

                       Semua rekod staf Akademik disimpan di Pejabat pentadbiran KUIM dan
                       rekod pelajar disimpan di Institut Pengajian Siswazah (IPS) dan Fakulti.
                       Pelupusan rekod pelajar akan dilakukan selepas melebihi tempoh tujuh

                       tahun.


               8.4.2  Maklumat  rekod  Akademik  graduan  boleh  didapati  di  Bahagian  rekod
                       dan kemasukan Institut Pengajian Siswazah. Sistem pengurusan rekod
                       graduan  melibatkan  dua  unit  utama  iaitu  Unit  Kemasukan  dan  Rekod

                       serta Unit Peperiksaan yang ditadbir bawah Bahagian Akademik Institut
                       Pengajian Siswazah.


               8.4.3  Fakulti sentiasa memastikan sistem keluar masuk rekod adalah terjamin.
                       Proses keluar masuk rekod ini mestilah mendapat kelulusan dari Ketua
                       Jabatan. Antara cadangan penambahbaikan sistem adalah penggunaan

                       yang berkaitan seperti fail staf akademik dan pelajar disimpan di fakulti
                       dan dikawal selia oleh pegawai  bertanggungjawab.


                       Selain itu, kesemua data graduan disimpan dalam Sistem Data Graduan
                       yang  mana  sistemnya  dibangunkan  oleh  pihak  IT  dan  diselia  oleh

                       Bahagian  Akademik  IPS.    Sistem  ini  terdiri  daripada  maklumat  umum
                       pelajar,  pendaftaran  subjek  untuk  setiap  semester  dan    keputusan
                       peperiksaan  graduan  manakala  data-data  berkaitan  asrama,  ko-

                       kurikulum,  penempatan  dan  tajaan  kewangan  akan  disimpan  oleh
                       Bahagian Kewangan dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar.


                       Akses  kepada  fail  dan  rekod  graduan  adalah  terhad  kepada  ketua
                       jabatan  dan  dekan.  Pihak-pihak  lain  yang  memerlukan  maklumat

                       graduan  akan  hanya  diberi  akses  terhad  mengikut  keperluan  atau
                       melalui cetakan laporan yang dikehendaki sahaja. Semua permohonan
                       untuk  mendapatkan  maklumat  graduan  perlu  melalui  prosedur  yang

                       ditetapkan.

                                                          107
   79   80   81   82   83   84   85   86   87   88   89