Page 85 - MQA DOKUMEN
P. 85

Ijazah Sarjana Doktor Falsafah sejarah (KUIM)
 MQA-02 (Mohon Akreditasi Penuh) JULAI  2017
               BIDANG  9 : PENAMBAHBAIKAN KUALITI


               9.1     Penambahbaikan Kualiti

               9.1.1  Fakulti  sentiasa  menyokong  dasar,  tatacara  dan  mekanisme  KUIM

                       dalam  melakukan  semakan  dan  pengemaskinian  struktur,  fungsi,
                       strategi  dan  aktiviti  terasnya  dengan  kerap  dalam  memastikan

                       penambahbaikan  kualiti  yang  berterusan.  Hal  ini  ditunjukkan  juga
                       dengan  pelaksanaan  aktiviti  semakan  dan  pemantauan  mengikut
                       perancangan  yang  telah  ditetapkan.  Ahli  jawatankuasa  program  dan

                       pensyarah  bertanggungjawab  terhadap  penambahbaikan  kualiti  di
                       fakulti.  Di  samping  itu  juga  dengan  perlantikan ahli-ahli  Akademik  dari

                       rakan  IPT  untuk  menganggotai  Jawatankuasa  Panel  Kajian,
                       Jawatankuasa Pengajian dan Kualiti, Senat dan Profesor Pelawat KUIM
                       ia membantu KUIM untuk memastikan objektif program tercapai.


               9.1.2  Antara  pihak  berkepentingan  yang  dirujuk  dalam  proses  pemantauan
                       dan penyemakan program adalah pensyarah, pelajar, majikan, industri

                       dan  panel  kajian.  Maklum  balas  yang  diberikan  oleh  pihak
                       berkepentingan  tersebut  secara  langsung  dan  tidak  langsung  akan
                       diambil kira dalam penambahbaikan program.


               9.1.3  Penambahbaikan kualiti berterusan di fakulti berkaitan dengan semakan

                       dan  pengemaskinian  misi,  struktur  dan  aktivitinya  mengikut  keperluan
                       semasa.


               9.1.4  Semakan semula dilakukan sekurang-kurangnya dua kali tahun.

               9.1.5  Fakulti  mempertimbangkan  maklumat berkaitan dasar-dasar  KPT-MQA

                       serta KUIM dan permintaan/pasaran kerjaya berkaitan bidang program
                       ini  bagi  memastikan  fakulti  sentiasa  responsif  terhadap  perubahan
                       persekitaran.


               9.1.6  Penyelaras     Kualiti   dan   Akreditasi   merupakan   individu   yang

                       bertanggungjawab  membantu  dan  menyelaras  aktiviti-aktiviti  yang
                       melibatkan  jaminan    kualiti  dalaman  mengikut  kehendak  polisi  kualiti
                       KUIM.



                                                          108
   80   81   82   83   84   85   86   87   88   89   90