Page 20 - MQA DOKUMEN
P. 20

Ijazah Sarjana Doktor Falsafah sejarah (KUIM)
               MQA-02 (Mohon Akreditasi Penuh) JULAI  2017

               BAHAGIAN C : PIAWAIAN PROGRAM


               BIDANG  1 : VISI, MISI , MATLAMAT PENDIDIKAN DAN HASIL PEMBELAJARAN

               1.1     Penyataan Tujuan , Objektif dan Hasil Pembelajaran

               1.1.1  Matlamat / Objektif dan Hasil Pembelajaran
                       i.     Matlamat / Objektif Program


                       Matlamat program ialah untuk :

                       1.     Melahirkan  dan  mempertingkat  bilangan  modal  insan  yang  mempunyai

                              pemikiran kritis dengan mengkaji faktor sebab-musabab sejarah.
                       2.     Mendidik calon-calon berfikiran dan bekerja secara sistematik dan berdisplin

                              mengikut lunas-lunas ilmu sejarah.
                       3.     Oleh kerana program ini adalah berteraskan penyelidikan maka ianya dapat
                              melatih  calon-calon  dalam  kaedah  penyelidikan  dan  menganalisa  fakta

                              secara logik.
                       4.     Dalam  bidang  biografi  dan  politik  ,  matlamat  akan  dikaji  peranan  individu

                              yang lalu.
                       5.     Mengkaji  faktor-faktor  patriotisme  dalam  ruang  sejarah  nasionalisme
                              bernegara.

                       6.     Dalam  arena  pengantarabangsaan  dan  dunia  perniagaan,  calon  akan
                              didedahkan  dengan  perkembangan  sejarah  luar  negara  yang  ada  kaitan
                              dengan sejarah Malaysia.



                       ii.    Hasil Pembelajaran Program


                       Di akhir program ini pelajar akan dapat :-


                       1.     Mampu berfikir secara kritis dan berdikari , rasional, logik dan humanistik.
                       2.     Berkebolehan  untuk  menguruskan  organisasi  dan  institusi  secara  beretika
                              dan  bersistem  berdasarkan  nilai-nilai  agama  dan  keberkesanan  moral  dari

                              pelaku-pelaku sejarah yang lalu.
                       3.     Menjadi para ilmuan dan sejarahwan yang pakar dalam bidang penyelidikan
                              dari segi kaedah, matlamat dan keberkesanan penyelidikan terutama mereka

                              yang ingin menjadi ahli akademik dan pensyarah dalam bidang sejarah dan
                              tamadun manusia.





                                                           44
   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25