Page 25 - MQA DOKUMEN
P. 25

Ijazah Sarjana Doktor Falsafah sejarah (KUIM)
               MQA-02 (Mohon Akreditasi Penuh) JULAI  2017

               BIDANG 2: REKA BENTUK DAN PENYAMPAIAN KURIKULUM


               2.1     Autonomi Akademik

               2.1.1  Kursus  ini  dibina  oleh  jawatankuasa-jawatankuasa  pakar  bidang  yang  dilantik.

                       Jawatankuasa  ini  akan  menyediakan  kertas  cadangan  kursus  pengajian  yang
                       dikemukakan  dalam  Mesyuarat  Pengurusan  Tertinggi  Kolej  Universiti  untuk
                       mendapat  pandangan  dan  persetujuan.  Setelah  kurikulum  kursus  diluluskan  oleh

                       Pengurusan  Tertinggi  Kolej  Universiti,  pihak  Institut  Pengajian  Siswazah  akan
                       mengemukakan kepada Lembaga Akademik yang terdiri daripada ahli akademik dari
                       universiti tempatan dan pakar rujuk dalam bidang berkaitan.


                       Setelah kertas cadangan kursus diluluskan oleh Senat, pembentukan kurikulum akan
                       dibuat oleh jawatankuasa yang dilantik bersama dengan panel kajian.


                       Badan-badan yang meluluskan kurikulum


                       Apabila  kurikulum  kursus  pengajian  telah  diteliti  oleh  Lembaga  Akademik  maka
                       kursus  berkenaan  akan  dibentang  di  dalam  Mesyuarat  Jawatankuasa  Pengajian

                       KUIM untuk mendapat kelulusan menjalankannya pada sesi yang dicadangkan.

                       Penilaian  juga  dijalankan  oleh  Senat  KUIM  yang  berfungsi  dalam  memantau

                       perjalanan  akademik,  mengesahkan  keputusan  peperiksaan  dan  graduan,
                       meluluskan program-program baru.


                       Penilaian dan pengawalseliaan kurikulum oleh Lembaga Akademik KUIM dianggotai
                       oleh Jawatankuasa Akademik seperti berikut:


                              Naib Canselor                              -      Pengerusi
                              Timbalan Naib Canselor                     -      Ahli

                              Pengarah Hal Ehwal Akademik                -      Ahli
                              Dekan Institut Pengajian Siswazah          -      Ahli
                              Dekan Fakulti                              -      Ahli

                              Wakil dari IPTA/IPTS                       -      Ahli
                              Wakil dari ahli korporat/pengamal          -      Ahli

                              Pendaftar                                  -      Setiausaha






                                                           49
   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30