Page 22 - MQA DOKUMEN
P. 22

Ijazah Sarjana Doktor Falsafah sejarah (KUIM)
               MQA-02 (Mohon Akreditasi Penuh) JULAI  2017

                       4.     Ilmu sejarah dan tamadun di peringkat pasca sarjana muda sejarah dan lain-
                              lain  perlu  disebarkan  kepada  warga  negara  Malaysia  yang  berbilang  kaum

                              supaya  mereka  tahu  asal-usul  dan  jati  diri  masing-masing  dan  saling
                              menghormati  antara  satu  sama  lain  berpandu  kepada  logik  sejarah  dalam
                              konteks Malaysia.


                       5.     Memberi peluang kepada pengamal dan peminat sejarah Malaysia dan luar

                              negara menimba maklumat dan ilmu mengenai pelbagai aspek sejarah pada
                              ruang pembelajaran sepanjang hayat dalam usaha untuk mewajibkan warga
                              Malaysia  mengetahui  dan  memahami  sejarah  dan  tamadun  negara  dan

                              rantau ini.


               1.1.4  Integrasi  Di  Antara  Matlamat  /  Objektif  dan  Hasil  Pembelajaran  Dengan  Lain-Lain
               Isu.
                       Penyediaan  matlamat  /  objektif  dan  hasil  pembelajaran  program  ini  adalah

                       berasaskan  kepada  lapan  domain  hasil  pembelajaran  dan  tiga  domain  dalam
                       Taksonomi  pembelajaran  yang  dicadangkan  oleh  Kementerian  Pengajian  Tinggi.
                       Melalui  matlamat  /  objektif  ini  para  graduan  akan  dilengkapi  dengan  kemahiran

                       generik  iaitu  beretika,  boleh  berkomunikasi  dengan  baik,  daya  kepimpinan  yang
                       tinggi, bekerja dalam kumpulan dan pembelajaran sepanjang hayat.


                       Program  ini  telah  dibentuk  supaya  dapat  merealisasikan  matlamat  dan  hasil
                       pembelajaran yang telah disediakan. Unsur patriotisma juga diterapkan agar dapat

                       mengukuhkan  nilai  kewarganegaraan  di  kalangan  graduan  bagi  meningkatkan
                       komitmen individu terhadap bangsa dan Negara.


               1.1.5  Penglibatan dan Penyediaan Matlamat / Objektif dan Hasil Pembelajaran


                       Penyediaan,  penilaian  dan  pengawalseliaan  matlamat  /  objektif  dan  hasil
                       pembelajaran adalah melalui peringkat-peringkat berikut :


                       Peringkat Pertama:
                       Sumbang  saran  buah  fikian  dan  perbincangan  diantara  penyelia  program  dengan
                       rakan  -  rakan  akademik  di  IPTA.  Hasil  dari  itu  matlamat  dan  hasil  pembelajaran

                       dibentuk.




                                                           46
   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27