Page 21 - MQA DOKUMEN
P. 21

Ijazah Sarjana Doktor Falsafah sejarah (KUIM)
               MQA-02 (Mohon Akreditasi Penuh) JULAI  2017

                       4.     Menerapkan  contoh-contoh  terbaik  yang  boleh  diaplikasi  daripada
                              sumbangan tokoh-tokoh yang lalu khususnya di kalangan guru-guru sejarah

                              yang mengajar sejarah dan menyebarkan di kalangan pelajar mereka kelak di
                              sekolah-sekolah.
                       5.     Menganalisa  dan  menerapkan  nilai-nilai  dan  sifat  patriotik  di  kalangan

                              pengamal  sejarah  dan  cintai  sejarah  serta  semangat  nasionalisme  yang
                              berterusan  sepanjang  masa  dan  faktor  ini  akan  disebarkan  di  kalangan

                              pelajar  sekolah,  pencinta  dan  peminat  sejarah dan seluruh  warga  Malaysia
                              amnya.
                       6.     Menganalisa ilmu dan fenomena pengkorporatan, perniagaan dan hubungan

                              antarabangsa  dalam  era  globalisasi  yang  sedang  dihadapi  oleh  Malaysia
                              masa  kini  dan  sekali  gus  dapat  mempertingkat  dan  memperbaiki  bidang

                              kerjaya dan pendapatan yang lebih tinggi calon.



               1.1.2  Visi dan Misi KUIM

                       i.     Visi

                              Menjadi sebuah pusat pengajian tinggi yang unggul dan cemerlang di dalam
                              bidang pengajian yang berteraskan Islam.


                       ii.    Misi
                              Beriltizam  melaksanakan  usaha  pendidikan  berwadahkan  islam  bagi
                              menyumbang  kearah  kesejahteraan  ummah  dan  pembangunan  lestari

                              dengan  memertabatkan  ilmu  penyelidikan  dan  kesarjanaan  yang  kreatif,
                              Inovatif dan bersahsiah murni.


               1.1.3  Justifikasi Mengadakan Program.


                       1.     Memberi  peluang  dan  penampungan  kepada  graduan  untuk  melanjutkan
                              pengajian dalam bidang sejarah yang tempatnya terhad di IPTA.


                       2.     Dalam    kalangan  pentadbir  dan  penjawat  awam  negara,  peluang  untuk
                              melanjutkan  pengajian  ini  boleh  meningkatkan  tahap  kerjaya  dan  gred  gaji
                              mereka kepada yang lebih tinggi.


                       3.     Masih  banyak  sejarah  politik,  ekonomi  dan  sosial  Malaysia  dan  tamadun
                              Melayu  yang  belum  dikaji  dan  diselidik  dan  KUIM  akan  menampung

                              kekurangan penyelidikan ini.

                                                           45
   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26