Page 42 - MQA DOKUMEN
P. 42
Ijazah Sarjana Doktor Falsafah sejarah (KUIM)
MQA-02 (Mohon Akreditasi Penuh) JULAI 2017
BIDANG 5 : STAF AKADEMIK
5.1 Pengambilan dan Pengurusan
5.1.1 Perlu mengisi Borang Justifikasi Keperluan Jawatan BH 01-01. Permohonan yang
telah lengkap akan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Perjawatan bagi
pengwujudan jawatan baru atau penggantian. Setelah mendapat kelulusan maka
jawatan-jawatan tersebut akan diiklankan di surat khabar dan pekeliling dalaman
kolej. Seterusnya proses pemilihan calon yang layak bagi menghadiri sesi temuduga.
5.1.2 Menggunapakai Borang Perjanjian Pegawai-pegawai kontrak dan tetap. Semua
lantikan adalah berdasarkan gred DG 41, DS 45, DS 52, DS 54, JUSA C, JUSA B
dan JUSA A.
5.1.3 Kelayakan masuk bagi pensyarah ialah memiliki sijil yang diiktiraf oleh Kerajaan
Malaysia :
Sarjana Muda (Kep) – mengikut bidang yang diperlukan
Sarjana - mengikut bidang yang diperlukan
PhD - mengikut bidang yang diperlukan
5.1.4 Pihak pengurusan memilih calon yang mempunyai kelayakan dan pengalaman kerja
adalah diutamakan.
5.1.5 Tiada
5.1.6 Maklumat tenaga akademik yang terlibat dalam program : (rujuk lampiran)
5.1.7 Maklumat terperinci tenaga pengajar : (rujuk lampiran)
5.1.8 Pemantauan agihan tugas dilakukan dalam mesyuarat Fakulti Sains Sosial yang
dilakukan sekali bagi setiap semester.
5.1.9 Proses dan tatacara dalam pengurusan disiplin staf akademik adalah berpandukan
kepada Manual Prosedur Perkhidmatan KUIM.
5.1.10 Proses Pelantikan dan Kenaikan Pangkat Jawatan Akademik adalah berdasarkan
Polisi, Peraturan dan Prosedur Kenaikan Pangkat Staf Akademik, Kolej Universiti
Islam Melaka.
66

