Page 39 - MQA DOKUMEN
P. 39
Ijazah Sarjana Doktor Falsafah sejarah (KUIM)
MQA-02 (Mohon Akreditasi Penuh) JULAI 2017
dengan PNGK minimum 5 Pemilihan Peringkat Jawatankuasa Tetap
kurang dari 2.50 tahun dalam Jawatankuasa Senat Siswazah
bidang Pengajian Ijazah
Tinggi Fakulti
4.1.7 Jangkaan kemasukan pelajar untuk lima tahun akan datang (Rujuk bahagian B,
Perkara 13).
4.1.8 Kaedah pemilihan yang diamalkan bebas daripada diskriminasi dan prasangka
supaya Kolej Universiti Islam Melaka memenuhi tanggungjawab kemasyarakatan,
keperluan sumber manusia, keperluan pengajar lanjutan dan pembelajaran
sepanjang hayat.
4.1.9 Sesi temuduga dijalankan bagi menguji tahap pengetahuan calon dalam bidang
berkaitan. Sesi temuduga terbahagi kepada dua sesi:
i. Sesi 1 : Ujian bertulis berbentuk esei dan soalan aneka pilihan
ii. Sesi 2 : Temuduga umum
4.1.10 Kursus – kursus tertentu diwajibkan bagi calon yang bukan dalam bidang yang
berkaitan. Antara kursus yang dijalankan adalah Pengantar Sejarah dan Kaedah
Penyelidikan dan Penulisan Sejarah.
4.1.11 Fakulti akan sentiasa peka terhadap perubahan standard program dan dasar
kelayakan yang dikeluarkan oleh KPT/MQA.
4.1.12 Dalam tempoh semasa pihak fakulti tidak melibatkan pihak berkepentingan dalam
semakan dasar dan proses kemasukan kerana program dipantau sepenuhnya oleh
KPT & MQA.
4.1.13 Pelajar yang dipilih mempunyai kelayakan yang bersesuaian dengan program yang
ditawarkan supaya hasil pembelajaran dapat dicapai.
4.2 Peraturan, Pengecualian Kredit dan Pemindahan Kredit.
4.2.1 Tiada kaitan.
4.2.2 Tiada kaitan.
63

