Page 112 - Buku Teks ASK Tingkatan 2
P. 112

3.1.4   Mengesan dan membaiki ralat pada segmen kod
                                     3.1.4   Mengesan dan membaiki ralat pada segmen kod
            Standard Pembelajaran          dalam penyelesaian masalahdalam penyelesaian masalah
             Murid boleh:
             3.1.4  Mengesan dan     Ralat ditakrifkan sebagai kesilapan atau kesalahan dalam proses
             membaiki ralat pada     pembangunan sesuatu atur cara atau segmen kod. Terdapat tiga
             segmen kod yang         jenis ralat, iaitu ralat sintaks, ralat masa larian dan ralat logik
             dihasilkan dalam        yang telah diterangkan dalam Bab 2. Penerangan dalam subtopik
             penyelesaian masalah.   ini memberi penekanan kepada cara mengesan dan membaiki
                                     ralat pada segmen kod.

                   IMBAS KEMBALI     Ralat sintaks
                   IMBAS KEMBALI
                                     Ralat sintaks lazimnya berlaku disebabkan oleh kesilapan dalam
            Penjelasan untuk
            jenis-jenis ralat telah   penggunaan bahasa pengaturcaraan. Antara ralat sintaks adalah
            diterangkan dalam Bab 2.  seperti berikut:






              (a)  Penggunaan sintaks yang tidak betul, (printf adalah tidak betul, kerana printf
                 adalah penulisan untuk bahasa pengaturcaraan C++).
              (b)  Perkataan sintaks dieja dengan tidak betul.
              (c)  Tertinggal atau salah menggunakan simbol seperti tanda titik bertindih, tanda
                 petikan dan tanda kurung.
              (d)  Cara penggunaan sintaks yang tidak betul seperti meletakkan sintaks di tempat
                 yang salah. Contohnya [>>> y print] adalah salah.
              (e)  Penggunaan inden yang salah.





            Contoh 3.18       Pengesanan dan membaiki ralat sintaks pada segmen kod yang
                            dihasilkan untuk penyelesaian masalah.

           Pernyataan masalah:
           Rosli dikehendaki menghasilkan satu segmen kod yang dapat mengira purata ketinggian
           bagi setiap ahli kumpulan dalam unit meter. Setiap kumpulan terdiri daripada lima orang
           murid. Setiap murid perlu memasukkan ukuran ketinggian masing-masing. Kemudian, purata
   BAB 3
           ketinggian bagi ahli-ahli kumpulan dikira. Segmen kod akan memaparkan ketinggian setiap
           ahli berserta dengan purata ketinggian yang dibundarkan kepada dua tempat perpuluhan.










        102
   107   108   109   110   111   112   113   114   115   116   117