Page 161 - Buku Teks ASK Tingkatan 2
P. 161
Contoh 3.28 Mengesan dan membaiki ralat pada kod arahan yang dihasilkan.
Anda telah dilantik menjadi ketua Program Jualan Amal di sekolah. Lima orang rakan anda turut
membantu untuk menjayakan jualan amal tersebut. Pasukan anda hanya bertanggungjawab
menjual tiga jenis barangan, iaitu buah-buahan, minuman dan biskut.
Bagi memberi semangat kepada semua ahli pasukan untuk mendapatkan jumlah jualan
yang tinggi, guru telah membenarkan pemberian komisen. Kadar komisen 5% akan diberikan
ke atas jumlah jualan yang melebihi RM500 dan kadar komisen 8% akan diberikan ke atas
jumlah jualan yang melebihi RM800.
Anda perlu membangunkan satu atur cara yang membenarkan anda memasukkan jualan
bagi tiga jenis barangan tersebut. Kemudian atur cara perlu mendapatkan jumlah jualan
yang diperoleh dan paparkan kadar komisen yang didapati oleh pasukan anda. Akhirnya,
atur cara akan mengira dan memaparkan jumlah komisen dan komisen individu untuk setiap
ahli pasukan.
Pernyataan masalah:
1. Mengenal pasti input yang diperlukan, iaitu jualan untuk buah, minuman dan biskut.
2. Mengenal pasti proses yang terlibat, iaitu proses mengenal pasti kadar komisen yang
diperoleh.
3. Mengenal pasti output yang diperlukan, iaitu jumlah jualan, kadar komisen yang
dibenarkan dan komisen untuk setiap ahli.
Menulis algoritma bagi penyelesaian masalah:
1. Isytiharkan pemboleh ubah buah, minuman, biskut, jum_jualan,
komisen, jum_komisen dan ind_komisen.
2. Pengguna memasukkan jualan untuk buah, minuman dan biskut.
3. Kira jumlah jualan.
4. Semak komisen yang dibenarkan.
Jika jumlah jualan <= RM500, paparkan mesej “Komisen ialah 0%”.
Jika jumlah jualan > RM500 tetapi <= RM800, paparkan mesej “Komisen
ialah 5%”.
Jika jumlah jualan > RM800, paparkan mesej “Komisen ialah 8%”. BAB 3
5. Kira jumlah komisen dan paparkan.
6. Kira komisen individu dan paparkan.
151

