Page 163 - Buku Teks ASK Tingkatan 2
P. 163

Apabila anda membuat semakan ke atas carta alir yang dihasilkan dengan menggunakan
             satu set sampel data, didapati hasil output tidak seperti yang diingini.
             Contoh output:

                       Output yang diingini                         Output yang didapati

               Jumlah jualan: RM 900                        Jumlah jualan: RM 900
               Komisen ialah 8%                             Komisen ialah 5%
               Jumlah komisen: RM 72                        Jumlah komisen: RM 45
               Komisen untuk setiap ahli: RM 12             Komisen untuk setiap ahli: RM 9


             Anda perlu menggunakan kertas dan pensel untuk melakukan teknik semakan meja. Berikut
             menunjukkan nilai-nilai yang dimasukkan:


               buah = 300                                                Output yang diperoleh:
               minuman = 300                                            Jumlah jualan: 900
               biskut = 300                                             Komisen ialah 5 %
                                                                        Jumlah komisen: 45
               jum_jualan = 300 + 300 + 300 = 900                       Komisen untuk setiap ahli: 9

               Apabila jum_jualan = 900, nilai ini digunakan untuk semakan syarat jum_jualan
               > 500,
               900 > 500 memberi nilai benar, maka “Komisen ialah 5%” dipaparkan dan komisen
               = 0.05.
               jum_komisen = 900 * 0.05 = 45
               ind_komisen = 45 / 5 = 9



             Output ini berlainan dengan yang dikehendaki. Ralat logik ini berlaku kerana syarat bagi
             pilihan komisen tidak tepat. Syarat pilihan (jum_jualan > 800) harus disemak dahulu. Selepas
             membaiki ralat ini, semak semula dengan teknik yang sama.


              Apabila jum_jualan = 900, nilai ini digunakan untuk semakan syarat jum_jualan > 800,
              900 > 800 memberi nilai benar, maka “Komisen ialah 8%” dipaparkan dan komisen
              = 0.08.
              jum_komisen = 900 * 0.08 = 72
                                                                                                            BAB 3
              ind_komisen = 72 / 5 = 14.4


             Output untuk ind_komisen adalah berlainan dengan yang diingini. Rumus berikut perlu
             disemak semula.
                                    ind_komisen = jum_komisen / 5


             Jumlah ahli pasukan termasuk ketua adalah enam orang dan bukan lima orang. Oleh itu,
             pembahagian komisen menjadi salah. Rumus perlu dibaiki dengan membahagi jum_komisen
             dengan enam. Carta alir di halaman 154 telah dibaiki ralat-ralat logik yang ditemui.

                                                                                                  153
   158   159   160   161   162   163   164   165   166   167   168