Page 166 - Buku Teks ASK Tingkatan 2
P. 166

Pengesanan ralat dapat dilakukan dengan memahami mesej ralat yang dipaparkan seperti
           yang berikut:

             Traceback (most recent call last):
             File “C:/Users/Dell\Desktop\Python Saya\3.2\Jualan_Amal”, line
             3, in <module>

                 buah = input(float(“Masukkan jualan buah-buahan: RM “))
             ValueError: could not convert string to float: ‘Masukkan jualan
             buah-buahan: RM’



               Mesej ralat tersebut memberitahu bahawa teks tidak boleh ditukarkan kepada jenis data
           float. Bagi membaiki ralat masa larian ini, penulisan kod untuk fungsi input bersama jenis
           data float perlu dibaiki. Semua barisan kod yang melibatkan ralat ini perlu dibaiki. Berikut
           menunjukkan penulisan kod yang betul:

                   buah = float(input(“Masukkan jualan buah-buahan: RM “))


           Paparan mesej ralat sintaks untuk pelaksanaan kali kedua:
























           Paparan mesej ralat di atas ialah mesej ralat sintaks. Mesej ralat sintaks akan dipaparkan
           bersama tanda merah pada baris kod yang bermasalah. Penulisan bagi sintaks else adalah
           tidak betul kerana tanpa tanda titik bertindih. Ralat ini dibaiki dengan menambahkah tanda
           : pada akhir sintaks else.
   BAB 3












        156
   161   162   163   164   165   166   167   168   169   170   171