Page 37 - Buku Teks ASK Tingkatan 2
P. 37
(b) Kaedah pengiraan
Bahagikan digit-digit dalam nombor perduaan kepada kumpulan empat digit. Secara
berkumpulan, setiap digit didarabkan dengan nilai tempat bagi nombor perduaan, iaitu
mengikut urutan [2 , 2 , 2 , 2 ]. Dalam kumpulan masing-masing, hasil darab bagi setiap digit
0
1
2
3
dan nilai tempat dijumlahkan. Hasil akhir dicantumkan menjadi nombor perenambelasan bagi
nombor perduaan yang diberi.
Contoh 1.13 Penukaran nombor perduaan 111110011010 kepada nombor
2
perenambelasan dengan menggunakan kaedah pengiraan. BAB 1
Langkah-langkah untuk penukaran nombor perduaan 111110011010 kepada nombor
2
perenambelasan dengan kaedah pengiraan (rujuk Jadual 1.10).
Langkah 1:
Nombor perduaan 111110011010 dibahagikan kepada kumpulan empat digit.
2
Langkah 2:
Darabkan setiap kumpulan empat digit perduaan dengan nilai tempatnya. Kemudian
tambahkan hasil darab setiap kumpulan empat digit perduaan itu.
Nombor perduaan 1 1 1 1 1 0 0 1 1 0 1 0
Kumpulan 1 1 1 1 1 0 0 1 1 0 1 0
empat digit
Nilai tempat 2 3 2 2 2 1 2 0 2 3 2 2 2 1 2 0 2 3 2 2 2 1 2 0
Hasil darab 1×8 1×4 1×2 1×1 1×8 0×4 0×2 1×1 1×8 0×4 1×2 0×1
Hasil tambah 8 + 4 + 2 + 1 = 15 8 + 0 + 0 + 1 = 9 8 + 0 + 2 + 0 =10
Nombor
perenambelasan F 9 A
Maka, nombor perenambelasan bagi nombor perduaan 111110011010 ialah F9A .
2 16
Aktiviti 1.15
Aktiviti
Individu
Penukaran nombor perduaan kepada nombor perenambelasan.
Tukarkan nombor-nombor perduaan yang berikut kepada nombor perenambelasan dengan
menggunakan dua kaedah, iaitu kaedah pengumpulan empat digit nombor perduaan dan
tukarkan kepada nilai perenambelasan, dan menggunakan kaedah pengiraan.
(a) 101000000111 2
(b) 110101100001 2
(c) 1000011101010010 2
(d) 1110000011001101
2
27

