Page 50 - Buku Teks ASK Tingkatan 2
P. 50

2.1  Pembangunan AlgoritmaAlgoritma
                        Pembangunan




                                     Algoritma ialah satu siri langkah untuk menyelesaikan sesuatu
                 Algoritma ialah salah   masalah atau melengkapkan sesuatu tugas. Oleh itu, algoritma
                 satu teknik utama
                 dalam pemikiran     terdiri daripada satu siri prosedur langkah demi langkah yang
                 komputasional.      tersusun untuk menghasilkan  output yang diperlukan seperti
                                     yang ditunjukkan dalam Rajah 2.1.



                                        Langkah 1            Langkah 2           Langkah 3











                                               Langkah 4            Output


                                     Rajah 2.1   Algoritma ialah prosedur langkah demi langkah yang tersusun
                                              untuk menghasilkan output

                                         Dalam pengkomputeran, seorang pengatur cara perlu
   BAB 2
                                     membangunkan algoritma untuk mengarahkan komputer
                                     menyelesaikan suatu tugasan. Langkah ini dilakukan pada
                                     peringkat awal sebelum pembangunan atur  cara yang
                                     menggunakan bahasa pengaturcaraan. Dalam proses ini,
                  Lebih daripada satu   pengatur cara tidak perlu mengetahui tentang cara komputer
                  teknik pemikiran   akan melaksanakan arahan-arahan yang diberi.
                  komputasional
                  digunakan semasa       Semasa pembangunan algoritma, aspek-aspek penting
                  penyelesaian       bagi masalah atau tugas yang perlu diselesaikan harus dikenal
                  masalah
                                     pasti dan dipertimbangkan untuk menghasilkan output yang
                                     dikehendaki.

                  Fakta
                      Segera

            Contoh aktiviti dalam kehidupan seharian kita yang mempunyai algoritma:
            •  Peraturan yang wajib diikuti semasa menggunakan jalan raya
            •  Membakar kek
            •  Menanam pokok
            Kesemua ini ialah algoritma atau peraturan yang harus diikuti untuk menyelesaikan sesuatu masalah dan
            menghasilkan output yang diingini.



         40
   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54   55