Page 54 - Buku Teks ASK Tingkatan 2
P. 54
Aktiviti 2.1
Aktiviti
Pasangan
Menulis pseudokod dan melukis carta alir bagi satu struktur pilihan bersarang.
Anda ialah ketua kepada sekumpulan jurujual sebuah syarikat pemasaran. Pada setiap akhir
bulan, anda dikehendaki mengira komisen bagi setiap jurujual berdasarkan jumlah jualan
bulanan mereka dengan merujuk jadual di bawah.
Jumlah jualan sebulan (RM) Komisen (%)
Kurang daripada 400 7.0
400 dan ke atas tetapi kurang daripada 750 10.0
750 dan ke atas tetapi kurang daripada 1000 12.5
1000 dan ke atas 16.0
Algoritma bagi masalah di atas adalah seperti berikut:
1. Jika jualan kurang daripada RM400, beri komisen 7.0%.
2. Jika jualan ialah RM400 atau lebih tetapi kurang daripada
RM750, beri komisen 10.0%.
3. Jika jualan ialah RM750 atau lebih tetapi kurang daripada
RM1000, beri komisen 12.5%.
4. Jika jualan ialah RM1000 dan ke atas, beri komisen 16.0%
BAB 2
Tulis pseudokod dan lukis carta alir untuk mewakili algoritma di atas.
Menyelesaikan masalah menggunakan struktur kawalan
pilihan bersarang
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sri Purnama ingin
AKSES WEB mempraktikkan dasar pembelian tanpa tunai di kantin dan kedai
koperasi sekolah. Sistem yang digunakan disebut Point of Sale
Tonton video ini untuk (POS). Semua transaksi berlaku pada skrin sentuh atau skrin
melakukan transaksi komputer yang disebut sebagai terminal bersama kad bayaran.
dengan menggunakan Warga SMK Bandar Sri Purnama perlu menggunakan kad
sistem POS.
bayaran elektronik untuk setiap transaksi. Setiap kali kad bayaran
ini dimasukkan ke dalam sistem, pengesahan untuk dua syarat
dilakukan. Pertama, tempoh sah laku kad akan disemak. Kedua,
nilai minimum kad, iaitu sekurang-kurangnya RM5.00 akan
disemak. Apabila kedua-dua syarat itu dipenuhi, pengesahan
goo.gl/7K0yuo
berjaya dan kad boleh digunakan untuk transaksi. Jika salah
satu syarat tidak dipenuhi, pengesahan tidak berjaya. Mesej
untuk pengesahan yang tidak berjaya akan dipaparkan dan
transaksi diberhentikan.
44

