Page 55 - Buku Teks ASK Tingkatan 2
P. 55

Langkah 1       Penyiasatan

            Proses-proses yang terlibat.
            •  Mengenal pasti kad masih belum melebihi tempoh sah laku.
            •  Mengenal pasti kad mempunyai nilai minimum sebanyak RM5.00.
            •  Melaksanakan transaksi jika kedua-dua syarat pertama dan kedua dipenuhi.
            •  Membatalkan transaksi jika satu syarat tidak dipenuhi.

            Langkah 2        Mendraf algoritma dan melakukan semakan semula

            Proses-proses dan keputusan-keputusan dimurnikan untuk menghasilkan draf algoritma.
            1  Terminal membaca kad.
            2  Terminal mengesahkan kad masih sah digunakan.
            3  Jika kad sah digunakan, terminal akan memeriksa nilai minimum.
            4  Jika kad mempunyai nilai bersamaan atau lebih daripada nilai minimum, terminal akan
                memapar mesej “Jalankan urus niaga” pada skrin.
            5  Jika kad mempunyai nilai bersamaan atau kurang daripada nilai minimum, terminal
                akan memapar mesej “Tambah nilai” pada skrin.
            6  Jika tidak terminal akan memaparkan mesej “Kad ditolak” pada skrin.

            Langkah 3        Memurnikan langkah-langkah algoritma


                                                                                                            BAB 2

                     1.  Baca tempoh sah laku kad.
                     2.  Jika kad melebihi tempoh sah laku, mesej “Kad ditolak” dipaparkan.
                     3.  Jika kad belum melebihi tempoh sah laku, periksa nilai kad.
                     4.  Jika nilai kad melebihi nilai RM5.00, transaksi boleh dimulakan.
                     5.  Jika nilai kad kurang daripada RM5.00, mesej “Tambah nilai”
                        dipaparkan.



                                  Rajah 2.5  Algoritma menguji kad bayaran elektronik


                    IMBAS KEMBALI                                                   AKSES WEB
                    IMBAS KEMBALI

              Semakan meja (desk check) ialah satu teknik semakan kualiti yang   Layari laman sesawang ini
              digunakan untuk semak logik dalam sesuatu algoritma. Semakan ini   untuk mengetahui lebih
              dilakukan secara manual dengan menggunakan pen dan kertas sahaja.   lanjut tentang semakan meja.
              Anda telah mempelajari teknik ini semasa Tingkatan 1.





                                                                               goo.gl/bb1bF2




                                                                                                   45
   50   51   52   53   54   55   56   57   58   59   60