Page 57 - Buku Teks ASK Tingkatan 2
P. 57
Aktiviti 2.2
Aktiviti
Kumpulan
Membangunkan algoritma untuk menyelesaikan masalah penggunaan sistem biometrik
di sekolah.
Sekolah anda ingin melaksanakan sistem biometrik, iaitu imbasan cap ibu jari untuk
merekodkan kedatangan harian murid dan guru ke sekolah. Pihak sekolah telah pun selesai
mengumpulkan semua imbasan cap ibu jari kanan guru dan murid serta dimuatkan ke dalam
pangkalan data. Terdapat dua keadaan yang perlu dikenal pasti untuk menjayakan sistem
biometrik ini, iaitu:
1. Memastikan imbasan cap ibu jari adalah sah dan berada dalam pangkalan data.
2. Memastikan sistem ini menyokong murid OKU yang tiada tangan kanan, jari kanan atau
ibu jari kanan.
Bangunkan satu algoritma dalam perwakilan pseudokod dan carta alir untuk menyelesaikan
masalah penggunaan sistem biometrik di sekolah.
2.1.1 (ii) Struktur kawalan ulangan
2.1.1 (ii)
Struktur kawalan ulangan
Struktur kawalan ulangan terdiri daripada satu set langkah atau
arahan yang sentiasa berulang sehingga suatu syarat dipenuhi. Standard Pembelajaran
Set langkah yang berulang disebut gelung (loop) dan setiap
ulangan gelung disebut lelaran (iteration). Murid boleh: BAB 2
2.1.1 Menulis pseudokod
Banyak aktiviti harian yang melibatkan ulangan contohnya dan melukis carta alir
tarian dan lampu isyarat. Gambar foto 2.1 menunjukkan tarian menggunakan
sumazau yang merupakan tarian tradisi suku kaum Kadazan (ii) struktur kawalan
Dusun untuk meraikan Tadau Kaamatan yang bermaksud ulangan (for, while)
Pesta Menuai. dalam penyelesaian
masalah.
AKSES WEB
Tonton video tarian
sumazau untuk melihat
langkah-langkah berulang
dalam tarian tersebut.
goo.gl/PmKdgm
Gambar foto 2.1 Tarian sumazau
47

