Page 63 - Buku Teks ASK Tingkatan 2
P. 63
Contoh 2.3 Pengiraan hasil tambah nombor sehingga nombor n, di mana n ialah
nombor bulat yang dimasukkan oleh pengguna.
Langkah 1 Penyiasatan
Proses-proses yang terlibat.
• Pengguna diminta memasukkan satu nombor.
• Sekiranya pengguna memasukkan 10, maka atur cara akan menjumlahkan sepuluh
nombor yang pertama, seperti (1 + 2 + 3 + 4 + 5 + 6 + 7 + 8 + 9 + 10).
Langkah 2 Mendraf algoritma dan melakukan semakan semula
Proses dan keputusan yang berikut dimurnikan untuk menghasilkan draf algoritma.
1 Isytihar pemboleh ubah.
2 Isytihar pernyataan pengawalan for.
3 Input/output.
4 Uji syarat.
BAB 2
Langkah 3
Memurnikan langkah-langkah algoritma
1. Isytihar pemboleh ubah nom, kira, jum.
2. Setkan nilai kira kepada 1. Tiga pemboleh ubah
3. Setkan nilai jum kepada 0.
4. Pengguna diminta memasukkan satu nombor.
5. Setkan nilai nom kepada nombor yang dimasukkan.
6. for kira <= nom
Syarat untuk gelung
Kirakan jum = jum + kira
Kirakan kira = kira + 1
7. Ulang langkah 6.
8. Paparkan nilai jum. Pernyataan yang berulang
53

