Page 67 - Buku Teks ASK Tingkatan 2
P. 67
Semasa pelaksanaan, pengguna diminta memasukkan satu nombor. Kemudian syarat
diuji, jika syarat tidak dipenuhi, pembilang akan ditambahkan satu. Selagi syarat tidak
dipenuhi, pernyataan akan berulang. Apabila syarat telah dipenuhi, gelung akan berhenti
dan pembilang yang mengira bilangan ulangan akan dipaparkan.
Contoh 2.4 Pengiraan hasil tambah nombor yang dimasukkan sehingga pengguna
menaip 0.
Langkah 1 Penyiasatan
Proses-proses yang terlibat.
• Pengguna diminta memasukkan nombor-nombor yang hendak dijumlahkan.
• Apabila pengguna menaip 0, ulangan akan berhenti dan jumlah bagi semua nombor
yang telah dimasukkan akan dipaparkan.
Langkah 2 Mendraf algoritma dan melakukan semakan semula
Proses dan keputusan yang berikut dimurnikan untuk menghasilkan draf algoritma.
1 Isytihar pemboleh ubah.
2 Isytihar pernyataan pengawalan while.
3 Input/output. BAB 2
4 Uji syarat.
Langkah 3 Memurnikan langkah-langkah algoritma
1. Isytihar pemboleh ubah jumlah dan nombor
Dua pemboleh ubah
2. Setkan nilai jumlah kepada 0
3. Setkan nilai nombor kepada 0
4. Paparkan mesej “Masukkan nombor:”
5. Setkan nilai nombor kepada nombor yang dimasukkan
6. while nombor bukan sifar Syarat untuk gelung berulang
Kirakan jumlah = jumlah + nombor
Ulang langkah 5
7. Paparkan jumlah
Pernyataan yang berulang selagi syarat
yang diuji menjadi benar
57

