Page 65 - Buku Teks ASK Tingkatan 2
P. 65

Penerangan:
             • Pemboleh ubah kira = 1 dan jum = 0.
             • Pengguna diminta memasukkan satu nombor.
             • Jika nilai yang dimasukkan oleh pengguna ialah 10, maka pemboleh ubah nom = 10.
             • Syarat ulangan ialah kira <= nom.
             • Dalam ujian syarat kali pertama, kira = 1 adalah kurang daripada nom = 10. Syarat
                dipenuhi, struktur kawalan ulangan dilaksanakan dan nilai-nilai jum dan kira dikemas
                kini menjadi jum = 1 dan kira = 2. Syarat diuji sekali lagi.
             • Dalam ujian syarat kali kedua, kira = 2 adalah kurang daripada nom = 10. Syarat
                dipenuhi, struktur kawalan ulangan dilaksanakan dan nilai-nilai jum dan kira dikemas
                kini menjadi jum = 3 dan kira = 3. Syarat diuji sehingga syarat tidak dipenuhi.
             • Proses ulangan ini akan berterusan sehingga kira = 11, di mana syarat bagi ulangan
                kira <= nom menjadi tidak benar. Maka ulangan dihentikan dan jum dipaparkan.






                     Cabar Diri Anda

                                                                                                            BAB 2
              Lakukan semakan langkah demi langkah untuk pseudokod dalam Contoh 2.3 sehingga
              mendapat output jum yang dipaparkan.


                          Aktiviti 2.3
                          Aktiviti
                           Kumpulan
              Menghasilkan pseudokod dan carta alir untuk masalah yang diberi.
              1.  Teliti masalah yang berikut.


                    Seorang murid diminta melakukan ujian matematik secara dalam talian. Jika markah
                    ujian kurang daripada 85, murid akan diminta mengulangi ujian tersebut. Bilangan
                    maksimum ulangan yang dapat dilakukan ialah tiga kali. Selepas melakukan ujian,
                    markah akan dipaparkan. Jika murid mengambil lebih daripada satu ujian, markah
                    yang dipaparkan ialah purata markah.


              2.  Tulis pseudokod dan lukis carta alir untuk masalah di atas.
              3.  Berdasarkan Contoh 2.3, bincangkan langkah-langkah penyelesaian masalah bersama-sama
                  rakan sekumpulan anda.
              4.  Sediakan satu folio digital untuk langkah-langkah penyelesaian masalah bagi kumpulan
                  anda dengan menggunakan perisian persembahan.




                                                                                                   55
   60   61   62   63   64   65   66   67   68   69   70