Page 83 - Buku Teks ASK Tingkatan 2
P. 83
Soalan Berstruktur
1. Huraikan langkah-langkah yang terlibat untuk membangunkan algoritma bagi
menyelesaikan sesuatu masalah.
2. Jelaskan maksud struktur kawalan pilihan bersarang. Berikan satu contoh yang
sesuai dalam penjelasan anda.
3. Terdapat aktiviti harian yang melibatkan langkah-langkah yang berulang.
Beri satu contoh aktiviti harian yang berulang. Jelaskan kepentingan
langkah-langkah yang berulang.
4. Apabila anda memasukkan kad bank ke dalam mesin ATM, mesin akan meminta
anda memasukkan nombor pin. Jika anda masukkan nombor pin yang salah
sebanyak tiga kali, mesin ATM akan menahan kad bank anda. Bina satu algoritma
dalam bentuk carta alir untuk menunjukkan proses penahanan kad bank pada
mesin ATM.
5. Bina satu algoritma dalam bentuk pseudokod untuk membolehkan Surendren
mencetak ayat “Saya bernama Surendren!” sebanyak tiga kali.
6. Carta alir di bawah melibatkan struktur kawalan ulangan. Berdasarkan struktur
kawalan, selepas semakan meja dilakukan, carta alir yang dibina tidak membuat
ulangan. Teliti carta alir di bawah dan kesan ralat yang ada. Kemudian lukis semula
carta alir yang telah dibuat penambahbaikan.
BAB 2
MULA
i = 0
cetak i
i = i + 1
Ya
i > 11?
Tidak
TAMAT
73

