Page 84 - Buku Teks ASK Tingkatan 2
P. 84
BAB KOD ARAHAN
3
Teknologi telah mengubah cara kita berbelanja. Pembangunan Standard Kandungan
sistem Radio-Frequency IDentification (RFID) menjadikan proses
pembelian di pasar raya menjadi lebih mudah, teratur dan tanpa 3.1 Persekitaran Kod
tunai (cashless). Teknologi RFID yang menggunakan tag pintar Arahan
mampu menyimpan lebih banyak maklumat tentang barangan 3.2 Struktur Kod
dan boleh dikesan melalui frekuensi radio. Barangan yang dilabel Arahan
dengan tag RFID akan dikesan oleh terminal seperti troli pintar,
rak barangan pintar, kaunter keluar dan sistem inventori.
Kad pintar pelanggan mampu
menyimpan maklumat seperti senarai
membeli-belah, program loyal dan
boleh bertindak sebagai kad bayaran.
Troli pintar dan kad pintar
berkomunikasi dengan tag RFID.
Troli pintar akan membawa
pengguna mendapatkan
barangan yang ingin dibeli,
memberitahu promosi barangan
terkini dan bertindak sebagai
penyemak harga.
Troli pintar dapat menunjukkan Setiap label pada rak
rak-rak barangan dan membawa barangan dipasang dengan
anda ke rak yang dikehendaki. pengesan tag RFID. Label
Sentuhkan barang yang ingin dibeli ini dikawal oleh terminal
pada pengesan troli dan senarai pekerja. Harga barangan
maklumat tentang barangan yang akan dikemas kini mengikut
anda pilih akan terpapar. arahan terminal.
Jenama: ABC
Produk: Teh limau
Harga: RM7.50
Diskaun: RM0.50
74 Tarikh Luput: Jun 2019 PROMOSI

