Page 87 - Buku Teks ASK Tingkatan 2
P. 87
3.1.1
3.1.1 Jenis data dalam segmen kodJenis data dalam segmen kod
Setiap bahasa pengaturcaraan mempunyai satu senarai jenis data.
Jenis data digunakan semasa pengisytiharan suatu pemboleh Standard Pembelajaran
ubah untuk membenarkan atur cara mengenal pasti kegunaan
pemboleh ubah tersebut dan membolehkan pemboleh ubah Murid boleh:
tersebut disimpan dalam storan ingatan dengan berkesan. 3.1.1 Menggunakan jenis
data (integer, boolean,
Jenis-jenis data yang akan dipelajari ialah integer, double, double, char dan string)
boolean, char dan string. Jenis-jenis data ini dapat dikelaskan dalam segmen kod.
kepada tiga bahagian utama, iaitu nombor, teks dan nilai logik.
Nilai nombor atau nilai berangka terdiri daripada nombor bulat
dan nombor perpuluhan. Nilai teks adalah seperti satu aksara
dan satu rentetan aksara. Nilai logik mempunyai dua keadaan
sahaja, iaitu “Benar” dan “Palsu”. Rajah 3.2 menunjukkan peta
pemikiran pokok bagi pengelasan jenis data.
JENIS DATA
Nombor Teks Nilai logik (boolean)
• Nombor bulat (int) • Aksara (char) • Benar
Contoh: –89, 650, 0 Contoh: A, b, 8, $, %
Dipaparkan sebagai
• Nombor perpuluhan • Rentetan (string) True dalam atur cara
(double) Contoh: Malaysia, • Palsu
Contoh: 0.09, –1.43, 45.1 Borneo
Dipaparkan sebagai
False dalam atur cara
Rajah 3.2 Pengelasan tiga jenis data
Dalam pengaturcaraan, pemboleh ubah ditakrifkan sebagai
IMBAS KEMBALI
jenis data pada permulaan atur cara. Jenis-jenis data ini IMBAS KEMBALI
perlu diketahui oleh murid supaya murid dapat membezakan
setiap jenis data dan kegunaannya. Murid juga perlu mampu Pemboleh ubah penting
menggunakan pemboleh ubah yang dipilih dengan jenis data dalam pengaturcaraan
komputer. Pemboleh
yang sesuai bagi atur cara yang bakal dibangunkan. ubah menyimpan tiga
jenis data, iaitu nilai BAB 3
Integer berangka, teks dan nilai
logik. Pemboleh ubah
Integer ialah nombor yang tidak mengandungi bahagian perlu diisytiharkan dahulu
pecahan dan tidak mempunyai titik perpuluhan. Integer juga sebelum digunakan dalam
atur cara.
dikenali sebagai nombor bulat. Integer boleh terdiri daripada
nombor negatif, sifar dan nombor positif.
77

